
Resipi masak lemak pucuk manis campur labu adalah hidangan kampung yang wajib dicuba. Gabungan pucuk yang lembut, labu yang manis semula jadi dan kuah santan berlemak memang cukup membuka selera. Lagi sedap kalau dinikmati panas-panas bersama ikan goreng.
Masakan ini bukan sahaja mudah disediakan, malah menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan mudah didapati. Walaupun resipinya nampak sederhana, rasanya memang padu dan boleh buat sepinggan nasi bertambah tanpa sedar.
Rahsia kesedapannya terletak pada gabungan bawang, ikan bilis dan serai yang direbus bersama labu sebelum dimasukkan santan. Hasilnya, kuah menjadi lebih beraroma dan rasa lemaknya seimbang dengan kemanisan labu.
Baca juga: Cara Buat Kerabu Pucuk Paku Kampung Sedap & Tak Cepat Basi, Ratah Saja Pun Nikmat!
RESIPI MASAK LEMAK PUCUK MANIS CAMPUR LABU

Bahan-bahan:
- Pucuk manis
- Labu secukupnya
- 1 batang serai (dititik)
- Santan secukupnya
- Garam secukup rasa
- Sedikit perasa (jika suka)
Bahan tumbuk:
- 5 ulas bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- Segenggam ikan bilis
Cara-cara penyediaan:
- Rebus labu bersama serai dan bahan tumbuk sehingga labu menjadi empuk.
- Masukkan pucuk dan biarkan seketika hingga layu.
- Tuangkan santan ke dalam periuk sambil dikacau perlahan supaya santan tidak pecah.
- Perasakan dengan garam dan sedikit perasa mengikut cita rasa.
- Masak sehingga kuah mendidih perlahan dan semua bahan sebati. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Sumber: Elza Zawaty
Baca juga: Cara Hilangkan Pahit Pucuk Mengkudu, Petua Tradisional Yang Ramai Tak Tahu
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














