pucuk mengkudu

Pucuk mengkudu memang terkenal sebagai ulam atau sayur kampung yang berkhasiat. Namun, satu perkara yang sering buat ramai orang kurang gemar menikmatinya ialah rasa pahit yang agak kuat.

Sebenarnya, ada petua kampung yang sangat ringkas dan mudah untuk mengurangkan rasa pahit ini tanpa perlu bahan pelik-pelik. Malah, cara ini dah lama diamalkan oleh orang-orang dulu.

Baca juga: Tip Kurangkan Pahit Peria Dengan 1 Bahan, Cuba Petua Ini Confirm Berkesan!

PETUA HILANGKAN PAHIT PUCUK MENGKUDU

pucuk mengkudu

Antara petua paling senang ialah merebus sayur ini bersama pucuk ubi. Gabungan dua jenis pucuk ini membantu menyeimbangkan rasa pahit dan menjadikannya lebih sedap untuk dimakan.

Pucuk ubi mempunyai rasa yang lebih neutral dan sedikit lemak semula jadi, jadi ia membantu ‘menyerap’ atau mengurangkan rasa pahit daripada pucuk mengkudu ketika proses rebusan.

Berikut merupakan cara-caranya:

1. Petik pucuk mengkudu dan pucuk ubi yang masih muda supaya teksturnya lebih lembut. Basuh bersih kedua-duanya untuk membuang kotoran dan getah.

2. Didihkan air dalam periuk secukupnya. Apabila air sudah mendidih, masukkan kedua-dua pucuk dan rebus sehingga lembut. Biasanya ambil masa beberapa minit sahaja, jangan terlalu lama supaya warna dan nutrisi tidak hilang.

3. Selepas masak, angkat dan toskan air rebusan. Sayur yang telah direbus kini sudah kurang pahit dan sedia dimasak atau dimakan sebagai ulam.

Sumber: Zakinah Ahmad

Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Pahit Daun Betik, Kena Rendam Dengan Bahan Ini

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN