masak asam ikan tenggiri

Tiada idea nak masak lauk apa menggunakan ikan tenggiri? Jom cuba Resipi Masak Asam Ikan Tenggiri ini.

Kalau sebelum ni, asyik goreng dengan garam kunyit sahaja kan? Kalau buat masak asam macam ni pasti lebih padu rasanya!

Jom ikuti resipi yang dikongsikan oleh Syed Mohd Nazli Jamalullail di bawah.

Baca juga: Rahsia Kari Ikan Sedap, Kena Guna Rempah Kari Homemade. Ini Cara Membuatnya

Cara Buat Masak Asam Ikan Tenggiri

Bahan-bahan:

  • Ikan tenggiri yang digaul dengan garam dan kunyit (goreng sampai masak)
  • Bawang putih/merah
  • Halia (dihiris)
  • Air perahan asam jawa
  • Sos tiram (jika suka)
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Cili api (jika suka pedas)
  • Bawang besar dipotong bulat

Cara-cara:

  1. Guna minyak bekas gorengan ikan tadi. Tumis bawang putih/merah sehingga garing dan kekuningan.
  2. Masukkan air perahan asam jawab, sekadar sesuap asam jawa.
  3. Masukkan sedikit sos tiram jika suka.
  4. Gaul sebati bersama sedikit gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan sedikit cili api untuk sedikit rasa pedas jika suka.
  6. Masukkan bawang besar yang sudah dipotong bulat.

  7. Masakan ini bukan jenis berkuah banyak ya. Selamat mencuba!

    masak asam ikan tenggiri

Kredit: Syed Mohd Nazli Jamalullail

Baca resipi lain:

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN