PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-26 17:24:16
Kuih tiram atau kuih lidah buaya ni merupakan kuih melayu tradisional Melayu Brunei yang masih boleh didapati di seluruh Malaysia. Kuih ni sesuai sangat untuk dimakan waktu minum petang sambil dihidang dengan teh o panas buat seisi keluarga. Cara nak buatnya pun senang, hanya guna 3 bahan je! Ikut je resipi yang Mas Cotek kongsikan di laman facebook miliknya.
Bahan Layer:
1. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak masak. Ramas-ramas sehingga berderai menggunakan hujung jari.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga doh sudah tidak melekat di tangan dan di besen.
3. Uli lagi doh dalam 10 minit sehingga ia menjadi lembut. Kemudian, bahagikan doh kepada 4 bahagian.
4. Taburkan sikit-sikit tepung pada papan pencanai untuk mengelakkan doh daripada melekat di papan. Kemudia, mula untuk canaikan doh.
5. Untuk menghasilkan pes atau layer pula, masukkan tepung ubi sehingga teksturnya menjadi likat. Kemudian, masukkan minyak sikit-sikit.
6. Gunakan bahan layer tadi dan ratakan pada doh yang sudah dicanai tadi.
7. Kemudian, mula untuk menggulung kesemua doh. Selepas siap menggulung, potong doh dalam anggaran 1/2 inci.
8. Ambil 1 bahagian yang dipotong tadi, tekan menggunakan jari dan kemudian canaikan sehingga menjadi leper. Lakukan untuk kesemua doh yang lain.
9. Panaskan minyak dan mula menggoreng. Gunakan lidi untuk membuka kelopak-kelopak tiram tadi. Lakukan dengan teliti supaya hasilnya akan menjadi lebih cantik!
10. Toskan dan biar untuk seketika. Tunggu sehingga kuih tiram sejuk kemudian baru boleh digaul dengan gula.
Siap! Selamat mencuba!
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…