Categories: Resipi

Resipi Sagu Gula Melaka Gaul Kelapa, Sekali Gigit Terasa Lembutnya & Tak Liat Langsung!

Resipi kuih sagu ini sesuai untuk anda yang mencari kuih tradisional ringkas tetapi sedap. Teksturnya lembut, tidak liat dan sagunya masih berbiji cantik, menjadikan kuih ini sedap dimakan walaupun selepas sejuk.

Berbeza dengan kuih sagu biasa, versi ini menggunakan gula Melaka yang memberi rasa manis beraroma dan warna yang menarik. Kuih sagu ini boleh digaul dengan kelapa parut atau dinikmati bersama santan dan susu cair sebagai pencuci mulut.

Selain mudah disediakan, resipi kuih sagu ini juga sesuai dijadikan hidangan minum petang, jamuan keluarga atau kuih untuk tetamu. Bila disejukkan, kuih akan membeku cantik dan mudah dikeluarkan dari acuan tanpa hancur.

Baca juga: Resipi Kuih Kaswi Pandan Gedik Lembut, Tekstur Elok Tak Lembik & Tak Terlebih Kenyal

RESIPI KUIH SAGU GULA MELAKA GAUL KELAPA

Bahan-bahan:

  • 3 cawan sagu
  • 3 ketul gula melaka, dicincang halus (jenis nipis bulat)
  • 1/2 cawan gula merah
  • 1/2 cawan gula putih (boleh tambah jika suka lebih manis)
  • Air secukupnya untuk merebus sagu
  • 6–7 cawan air untuk memasak sagu selepas direbus
  • 3 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 cawan kelapa parut (digaul dengan sedikit garam)

Cara-cara penyediaan:

  1. Didihkan air dalam periuk. Apabila air mendidih, masukkan sagu dan masak sehingga sagu kembang sedikit tetapi masih ada bahagian putih di tengah. Tutup api dan tapis sagu.
  2. Bilas sagu di bawah air paip untuk membuang kanji, kemudian tos dan ketepikan.
  3. Dalam periuk lain, didihkan anggaran 6–7 cawan air. Masukkan gula melaka, gula merah, gula putih dan daun pandan. Masak sehingga semua gula larut dan air mendidih.
  4. Masukkan sagu yang telah ditos ke dalam air gula. Masak dengan api sederhana sehingga sagu menjadi jernih sepenuhnya dan tiada lagi bahagian putih. Jika terlalu pekat, boleh tambah sedikit air. Pastikan adunan agak cair.
  5. Apabila sagu masak dan kembang sempurna, tuang ke dalam bekas atau acuan kecil. Biarkan sejuk sehingga membeku. Boleh juga disejukkan di dalam peti ais.
  6. Keluarkan sagu dari acuan dan gaulkan dengan kelapa parut sebelum dihidangkan. Jika suka, boleh dimakan bersama santan atau susu cair untuk rasa yang lebih lemak dan berkrim.

Sumber: Resepi Eny Abdullah

Baca juga: Resipi Kuih Getas, Ikut Tip Ini Supaya Sira Gula Melekat Cantik & Tak Cair

Wan N

Recent Posts

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

6 seconds ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

8 minutes ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

4 hours ago

Bukan Daun Kunyit, Kali Ini Guna Daun Kesum! Masak Lemak Ketam Jadi Lebih Wangi & Menyengat

Resepi masak lemak ketam ini menggabungkan rasa manis isi ketam dengan kuah santan yang pekat…

5 hours ago

Petua Orang Lama Buat Ikan Selayang Rebus Goreng, Rupanya Ada Tip Supaya Isi Tak Hancur!

Ikan selayang rebus goreng antara lauk kampung yang cukup ringkas tetapi tetap menyelerakan. Ikan direbus…

6 hours ago

Resipi Ayam Masak Bawang Yang Penuh Aroma, Goreng Bawang Sampai Keperangan Lagi Manis!

Ayam masak bawang antara menu lauk yang boleh menaikkan selera makan, lebih-lebih lagi apabila dihidangkan…

7 hours ago