
Ramai yang selalu guna gula melaka dalam masakan, tapi pernah tak tertanya-tanya apa sebenarnya beza antara gula melaka dan gula kabung? Nampak serupa dari segi rupa dan warna, tapi kedua-duanya datang dari pokok yang berbeza, rasa pun tak sama.
Kalau tersalah pilih, boleh beri kesan besar pada rasa akhir masakan, terutamanya kuih tradisional dan manisan Melayu. Dalam artikel ni, kami kongsikan perbezaan utama antara gula melaka dan gula kabung serta tip mudah untuk tahu bila patut guna yang mana.
Baca juga: Cara Simpan Gula Melaka Agar Tak Mudah Cair & Cepat Berkulat
BEZA TEKSTUR DAN RASA ANTARA GULA MELAKA & GULA KABUNG
Berikut merupakan beza tekstur antara gula melaka dan gula kabung:
Gula Melaka:
Gula melaka dihasilkan daripada nira pokok kelapa. Teksturnya lebih lembut dan mudah dipatahkan. Ia mempunyai rasa manis yang kaya, beraroma dan seakan-akan karamel. Warnanya pula lebih gelap, ada yang hampir kehitaman. Gula melaka juga mudah larut apabila dipanaskan.
Gula Kabung:
Gula ini pula berasal daripada nira pokok enau. Ia lebih keras dan padat berbanding gula melaka. Rasanya lebih ringan, manisnya tidak terlalu kuat dan tidak berbau harum seperti gula melaka. Warnanya pula lebih cerah, biasanya coklat kekuningan. Ia juga sedikit lambat larut dalam masakan.
BILA PATUT GUNA YANG MANA?
Berikut merupakan beza kegunaan antara dua gula ini:
Gula Melaka:
- Masak kuih tradisional yang perlukan rasa manis pekat dan beraroma (contohnya onde-onde, kuih keria, pengat, sagu gula melaka)
- Nak hasilkan kuah atau sirap manisan yang gelap dan pekat
- Mahu rasa manisan yang ‘kick’ dan berbau harum
Gula Kabung:
- Masak lauk atau pencuci mulut yang perlukan rasa manis ringan, contohnya masak lemak, serawa, bubur jagung, atau kari
- Nak hasilkan kuah yang warnanya lebih cerah
- Sesuai untuk mereka yang tak gemar rasa manis terlalu kuat atau bau gula melaka yang tajam
Sumber: Hayati Sulaiman via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
Baca juga: Tips Elak Gula Menjadi Keras, Tak Perlu Lagi ‘Ketuk-Ketuk’ Bekas!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














