Categories: Informasi

Bau Saja Tak Cukup, Rupanya Ini Tanda-Tanda Telur Rosak & Bahaya Kalau Dimakan!

Telur antara bahan asas di dapur, tapi kadang-kadang kita tak sedar bila telur sudah rosak. Jadi, pada artikel ini kami akan kongsikan tanda telur rosak yang boleh diperhatikan supaya masakan anda selamat dimakan.

Kenal pasti telur rosak bukan sahaja elak keracunan makanan, tapi juga pastikan hidangan tetap konsisten dan sedap. Ujian mudah seperti terapung dalam air atau periksa warna kuning dan putih telur boleh bantu anda.

Jom kami kongsikan beberapa tanda utama telur rosak yang perlu diperhatikan sebelum digunakan. Barulah anda boleh masak dengan yakin tanpa risau telur merosakkan hidangan dan membahayakan kesihatan.

Baca juga: 5 Makanan Pengganti Salmon Yang Ramai Tak Tahu, Lagi Murah Tapi Nutrisi Sama Power!

TANDA TELUR ROSAK DAN TAK SELAMAT DIMAKAN

1. Perubahan Warna Kulit Telur

Jika kulit telur kelihatan pelik atau berubah warna, ini tanda telur mungkin sudah tidak segar. Perubahan warna boleh menunjukkan kehadiran bakteria atau pencemaran.

Periksa juga tekstur kulit telur. Telur segar biasanya mempunyai kulit yang sekata tanpa cacat. Permukaan yang berlendir atau kasar juga tanda telur sudah tidak selamat untuk dimakan.

2. Telur Terapung Dalam Air

Salah satu cara untuk menilai kesegaran telur adalah dengan rendam telur dalam air. Jika telur terapung, berhati-hati. Ini berlaku kerana udara telah masuk ke dalam telur, menandakan telur sudah rosak. Telur segar akan tenggelam dan terbaring di dasar bekas.

3. Tekstur Kulit Telur Yang Pelik

Kulit telur yang kasar atau berlendir menunjukkan ia mungkin sudah tidak selamat. Telur segar biasanya licin dan bersih. Jika kulit terasa berlendir atau tidak normal, sebaiknya jangan digunakan.

4. Ada Titik Darah Dalam Telur

Titik darah dalam telur biasanya selamat dimakan dan berlaku apabila saluran darah ayam pecah semasa pembentukan telur. Tapi jika disertai tanda rosak lain seperti bau, buang sahaja.

5. Timbul Kulat Pada Kulit Telur

Kulat pada kulit telur menunjukkan telur sudah rosak. Ia biasanya berlaku bila telur disimpan terlalu lama atau cara penyimpanan yang tidak betul. Periksa telur sebelum guna untuk pastikan ia selamat.

6. Warna Kuning Telur Tidak Normal

Kuning telur yang hijau atau pelik menandakan telur rosak. Kuning telur segar biasanya terang dan sekata. Jika warna pelik disertai bau atau tekstur tidak normal, buang saja telur itu.

7. Telur Terasa Terlalu Ringan

Telur yang ringan biasanya sudah lama kerana kelembapan telah keluar. Jika anda sering memasak, pasti akan tahu berat telur yang normal apabila dipegang.

8. Telur Melekat Pada Kotak

Telur yang melekat pada kotak bermaksud ia mungkin telah bocor, jadi ianya adalah tanda rosak. Periksa setiap telur sebelum gunakan.

Berikut merupakan tanda lain telur rosak:

  • Permukaan berlendir
  • Warna dalam telur pelik (pink, gelap, iridescent)
  • Telur melepasi tarikh luput
  • Rasa tidak sedap
  • Telur tenggelam terlalu cepat dalam air
  • Titik hitam dalam telur
  • Putih telur berbuih
  • Bentuk telur pelik
  • Corak permukaan pelik
  • Telur terlalu banyak air
  • Telur disimpan tidak betul
  • Telur dicuci
  • Sisa melekit pada kulit telur

Sumber: Chef Standars

Baca juga: Bye-Bye Sembelit, Ini Pilihan Makanan Yang Bantu Lancarkan Pencernaan & Badan Rasa Ringan!

Wan N

Recent Posts

Seaweed Pasta Viral, Spaghetti Sos Rumpai Laut Dengan Udang Yang Ramai Nak Cuba!

Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…

2 days ago

Resipi Spageti Aglio Olio Udang, Tambah Sayur Berwarna-Warni Baru Lebih Menyelerakan!

Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…

2 days ago

Resipi Kek Coklat Moist Bakar, Tak Perlu Kukus Pun Tetap Lembap & Gebu!

Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…

2 days ago

Pernah Bayangkan Wajah Anda Muncul Di Skrin Gergasi Kuala Lumpur? Big Tree Jadikannya Realiti!

Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…

2 days ago

Agar Agar Cendol Santan Berlapis, Lemak Berkrim Dengan Manis Gula Melaka!

Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…

2 days ago

Resipi Daging Masak Hitam Berempah, Perap Dengan Rempah Sangai Barulah Lagi Wangi!

Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…

2 days ago