Categories: Resipi

Resepi Kuih Cucur Badak Warisan Sejak 70-an, Doh Lembut, Tahan Frozen & Sedap Digoreng

Kuih tradisional Melayu seperti cucur badak semakin sukar ditemui dengan rasa asli seperti zaman dahulu. Jangan tak tahu, resepi Kuih Cucur Badak cukup popular terutamanya di Pantai Timur dan beberapa negeri lain di Malaysia sejak puluhan tahun lalu.

Bagi mereka yang membesar dengan hidangan kuih tradisional, cucur badak sering mengimbau kenangan zaman kanak-kanak. Teksturnya yang lembut di dalam dan sedikit rangup di luar menjadikan kuih ini terus digemari hingga ke hari ini.

Perkongsian resepi Kuih Cucur Badak ini dibuat oleh Anne IdZahra dan diwarisi sejak zaman arwah ibu beliau berniaga sekitar tahun 1970-an hingga 1990-an. Resepi warisan turun-temurun ini mengekalkan rasa klasik yang sukar ditandingi oleh versi moden.

Baca juga: Cara Buat Kuih Apam Gula Hangus Versi Mini, Hasilnya Gebu Luar Biasa!

RESEPI KUIH CUCUR BADAK TRADISIONAL

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Campurkan keledek lenyek bersama secubit garam hingga sebati.

2. Masukkan tepung gandum, marjerin dan ragi kering.

3. Uli adunan sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.

4. Jika doh terlalu lembut, rehatkan seketika sebelum dibentuk.

Tip penting cucur badak cantik dan tak melekat:

Sapukan sedikit minyak di hujung jari dan tapak tangan ketika membentuk cucur badak supaya doh tidak melekat dan hasilnya lebih kemas serta sekata.

Cara meletakkan udang pada cucur badak:

Teknik ini membantu udang melekat kemas dan tidak tanggal ketika digoreng:

1. Didihkan air dan masukkan sedikit garam.

2. Masukkan udang, kacau sekejap sahaja dan terus toskan.

3. Sapu putih telur di bahagian atas cucur badak.

4. Letakkan udang di atas doh dan tekan sedikit supaya melekat dengan baik.

Teknik ini juga menjadikan cucur badak nampak lebih cantik dan menarik apabila masak.

Cara-cara menggoreng cucur badak:

1. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana.

2. Masukkan cucur badak secara terlangkup terlebih dahulu (bahagian udang di bawah).

3. Apabila bahagian bawah sudah sedikit masak, terbalikkan perlahan-lahan.

4. Goreng sehingga keemasan dan masak sekata.

Cara simpan cucur badak frozen:

  • Angkat cucur badak apabila sudah separuh masak atau kekuningan.
  • Sejukkan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  • Boleh dibekukan dan digoreng semula bila hendak dimakan.

Untuk cucur badak siap dimakan:

  • Goreng sehingga warna keemasan dan sedikit garing di luar.
  • Hidangkan panas-panas untuk rasa yang paling sedap.

Dengan bahan yang ringkas dan teknik yang betul, resepi Kuih Cucur Badak tradisional ini mampu mengekalkan rasa klasik yang mengimbau kenangan zaman dahulu. Sangat sesuai dijadikan kuih sarapan atau minum petang untuk seisi keluarga.

Selamat mencuba!

Sumber: Anne IdZahra

Baca juga: Kuih Cara Manis Pandan Yang Lembut, Gebu Macam Resipi Mak Kita Dulu-Dulu!

Aimi

Recent Posts

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

40 seconds ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

9 mins ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

44 mins ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

3 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

3 hours ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

5 hours ago