Categories: Resipi

Resipi Kuih Keria Gula Melaka, Rangup Di Luar & Lembut Di Dalam

Pasti ramai penggemar kuih keria gula melaka ni kan? Makan satu memang tak puas. Lagi-lagi waktu kuih ini masih panas, memang nikmat!

Rupanya tak susah mana pun cara membuat kuih keria ni. Kalau buat sendiri, boleh makan puas-puas! Jimat pun jimat.

Kalau anda ikut resipi perkongsian oleh Zaiman Zakaria ini, hasilnya kuih keria akan menjadi lembut di dalam dan rangup di luar. Selamat mencuba!

Resipi Kuih Keria Gula Melaka

Bahan-bahan:

  • 1/2 kg ubi keledek putih/oren/unggu
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Rebus ubi sehingga empuk. Kemudian toskan.

2. Lenyek ubi dengan garam sehingga lumat.

3. Masukkan tepung dan uli sampai doh tidak melekat pada tangan.

4. Untuk dapatkan saiz sama besar, timbang doh seberat 40gm/50gm.

5. Buat lubang di tengah dan susun dalam loyang.

6. Goreng dalam minyak yang panas menggunakan api perlahan. Goreng sehingga keperangan.

Bahan sira:

  • Seketul gula melaka anggaran 250 gm
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 cawan air

Cara-cara:

1. Masak semua bahan sehingga berbuih dan pekat. Guna api perlahan supaya gula tidak hangus.

2. Masukkan kuih keria tadi, kacau sampai gula menyaluti semua kuih.

3. Tutup api dan susun dalam loyang. (lapik plastik supaya tak melekat)

4. Bila dah sejuk, gula akan mengeras. Selamat mencuba!

Kredit: Zaimah Zakaria

Baca juga: Resipi Cek Mek Kelantan Guna 4 Bahan, Sangat Mudah & Sedap

Wan N

Recent Posts

Rahsia Roti Lembut Sampai Berhari-Hari, Satu Doh Boleh Buat Pelbagai Jenis Roti!

Kalau sedang mencari resipi roti yang boleh dibuat untuk sarapan atau bekal anak ke sekolah,…

2 days ago

Sardin Je Ada? Jangan Risau, Tukar Jadi Kari! Resipi Sardin Kari Ini Memang Buat Nasi Bertambah!

Resipi Sardin Kari sesuai untuk anda yang sudah tidak tahu nak makan apa. Kalau sardin…

2 days ago

Resipi Kuih Cucur Topi, Hanya Guna 5 Bahan Untuk Hasil Rangup Di Tepi & Lembut Di Tengah

Kuih cucur topi antara kuih tradisional yang mungkin buat ramai teringat zaman kecil. Bentuknya yang…

2 days ago

Resipi Ikan Temenung Masak Asam, Menu Kampung Yang Sedap Sampai Kuah Pun Licin!

Ikan temenung masak asam antara lauk kampung yang nampak ringkas, tetapi gabungan rasa masam, manis…

2 days ago

Telur Dalam Peti Sejuk Dah Lama? Ini Cara Mudah Nak Tahu Masih Elok Atau Tidak

Pernah tak buka peti sejuk dan ternampak beberapa biji telur yang sudah lama dibeli? Tarikh…

2 days ago

Cara Buat Tart Nenas Tanpa Telur, Rahsia Sedap Rupanya Terletak Pada Jenis Butter

Nak tahu cara buat tart nenas yang sedap, mudah diterap dan tidak menggunakan telur? Rupanya,…

2 days ago