Categories: Resipi

Resipi Ikan Stim Ala Nyonya Sedap & Isi Lembut, 4 Langkah Je Dah Siap!

Biasanya kita selalu masak ikan stim halia, stim limau saja kan? Apa kata kali ini jom cuba resipi lain pula seperti ikan stim ala nyonya ini.

Uniknya masakan ini boleh menggunakan apa-apa jenis ikan yang ada. Tapi biasanya orang menggunakan ikan siakap, ikan talapia atau ikan jenahak kerana isinya yang banyak.

Kalau ada yang nak cuba masak, ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Florence Jonathan di bawah. Selamat mencuba!

Cara Buat Ikan Stim Ala Nyonya Simple & Sedap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan yang telah dibersihkan (boleh guna mana-mana ikan seperti talapia)
  • Garam, gula secukupnya
  • Sayur-sayuran (optional)

Bahan kisar:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang merah besar
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • 3 biji cili merah besar
  • 2 biji cili padi (ikut masing-masing)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Sos ikan secukupnya
  • Jus limau nipis secukupnya (atau guna setengah biji lemon)

Cara-cara:

1. Satukan semua bahan kisar, kisar semuanya sehingga lumat.

2. Tumis sehingga wangi dan pecah minyak.

3. Kemudian perasakan dengang garam dan gula secukupnya.

4. Lumurkan ke atas ikan dan kukus sehingga masak.

Selamat mencuba!

Kredit: Florence Jonathan

Wan N

Recent Posts

Rahsia Simpan Tauge Agar Kekal Rangup & Tak Cepat Hitam, Tak Sangka Cuma Perlu 1 Bahan Ini Je!

Cara simpan tauge sebenarnya tidaklah susah. Sayur ini memang antara bahan masakan yang mudah layu,…

5 hours ago

Cara Masak Udang Buttermilk, Kuah Creamy Berlemak Tapi Tak Muak Ini Pasti Disukai Ramai!

Cara buat udang buttermilk sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan menggunakan beberapa bahan asas seperti…

6 hours ago

Resipi Tomyam Viral Fizo Omar, Masam Pedas Berlemak Memang Sedap Hirup Dengan Nasi!

Resepi tomyam Fizo Omar ini tampil dengan sedikit kelainan menerusi sentuhan sendiri yang menjadikan rasanya…

6 hours ago

Lelaki Kongsi Ramuan Turun Kencing Manis & Darah Tinggi Dengan Cepat, Ramai Komen Menjadi!

Cara turunkan kencing manis sering menjadi persoalan, terutama bagi mereka yang ingin mengawal paras gula…

7 hours ago

Petua Lembutkan Daging Itik Yang Liat, Ini Rahsia Supaya Isinya Empuk Dan Sedap!

Daging itik mempunyai tekstur yang sedikit berbeza berbanding ayam dan mengambil masa lebih lama untuk…

8 hours ago

Resipi Pajeri Kedondong, Kuah Pekat Berlemak Dengan Rasa Masam Buah Yang Menyelerakan

Pajeri kedondong merupakan antara hidangan yang boleh dicuba jika ingin menikmati lauk berasaskan buah dengan…

8 hours ago