Siapa sangka anda boleh mencuba resipi kek gebu dan lembut hanya dengan menggunakan lima bahan sahaja? Resipi kek ini sangat mudah, sesuai untuk pemula yang baru berjinak-jinak dalam dunia baking.
Rahsianya terletak pada tekstur yang gebu hasil gabungan whipping cream dan meringue. Tak percaya? Anda wajib cuba sendiri di rumah!
Jom cuba resipi ringkas ini!
Baca lagi: Cara Buat Cucur Jagung Manis, Guna Resipi Ini Confirm Bertambah Sedap & Rangup
RESIPI KEK GEBU
Bahan-Bahan Utama:
- 240 gram whipping cream
- 6 biji telur (asingkan kuning dan putih)
- 72 gram gula (dibahagikan kepada 60g dan 12g)
- 100 gram tepung kek (diayak)
- Sedikit perahan jus lemon
Cara Penyediaan:
1. Asingkan kuning telur dan putih telur ke dalam dua bekas berbeza.
2. Campurkan kuning telur dengan whipping cream dan 12 gram gula. Pukul sehingga sebati.
3. Ayak tepung kek ke dalam campuran kuning telur dan kacau hingga tidak berketul.
4. Masukkan perahan jus lemon ke dalam putih telur.
5. Pukul putih telur sehingga berbuih. Tambahkan gula (60 gram) sedikit demi sedikit sambil terus memukul sehingga menjadi meringue dengan puncak yang kaku (stiff peaks).
6. Panaskan ketuhar pada suhu 135℃.
7. Ambil sedikit meringue dan gaulkan ke dalam adunan kuning telur. Ini membantu meringue bercampur dengan mudah.
8. Masukkan baki meringue ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan-lahan hingga sebati tanpa memecahkan udara dalam meringue.
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang kek yang telah dilapik kertas minyak atau disapu mentega.
10. Ketuk loyang perlahan untuk mengeluarkan gelembung udara yang terperangkap.
11. Bakar kek menggunakan kaedah “water bath” (letakkan loyang kek dalam dulang berisi sedikit air) selama 70 minit.
12. Setelah kek masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
13. Potong dan hidangkan. Kek ini sangat lembut dan sesuai dinikmati begitu sahaja atau bersama topping kegemaran anda.
Sumber: 2day’s Delights
Baca lagi: Resipi Ayam Masak Lemak Tumis Halba, Setiap Suapan Buat Terpejam Mata!