tepung pelita sedap

Sedapnya kuih tepung pelita ni. Rasanya yang lemak manis memang menjadi kegemaran ramai. Buat anda yang suka kuih ini, boleh cuba buat sendiri dengan menggunakan resipi tepung pelita sedap yang dikongsikan oleh Shakinah Zainal di bawah.

Baca juga: Resipi Kuih Onde-Onde Sedap & Lembut, Ada Tips Supaya Kuih Tahan Lama & Tak Cepat Basi

RESIPI TEPUNG PELITA SEDAP

tepung pelita sedap

Bahan-bahan lapisan bawah (hijau):

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 cawan air pandan
  • 3 cawan air putih
  • 1/2 sdk garam halus
  • 1/2 sdk pewarna hijau
  • Sedikit air kapur (tak letak pun tak apa)

Cara-cara buat lapisan bawah (hijau):

  1. Campurkan semua dan kacau sebati. Kemudian buka api, kacau sampai masak. Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas dan ketepikan dahulu untuk membuat lapisan atas (putih) pula.

Bahan-bahan lapisan atas (putih):

  • 4 sudu besar (jangan membukit) tepung beras
  • 4 cawan santan (nak buat 2 cawan santan pekat, 2 cawan air pun boleh tapi atas tu kena lemak-lemak baru sedap)
  • 2 sdk garam
  • 1 sdk gula

Cara-cara buat lapisan atas (putih):

  1. Campurkan semua dan kacau sebati. Kemudian buka api, kacau sampai masak. Kalau dah masak tepung akan pekat berkilat. Masukkan dalam bekas yang dilapiskan adunan hijau tadi. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimakan.

Selamat mencuba!

Kredit: Shakinah Zainal

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN