Jom masak resipi kambing perap ala Germany! Khas untuk peminat kambing, hari ini MyResipi akan berkongsi resipi kambing perap kegemaran anda dan keluarga. Kambing perap ini selalunya menjadi pujaan ramai.
Sebagaimana yang kita tahu, kambing bakar selalu dijadikan menu handalan untuk jamuan istimewa, majlis-majlis bahkan pada jamuan raya kambing bakar jadi menu yang paling cepat licin.
Baca juga: Ayam Bakar Hitam, Resipi Perapan Isi Juicy Dan Sedap
Resepi ini telah dikongsikan oleh Che Bob di Facebook ini untuk kuantiti kambing 4kg. Mari ikuti resipi perapan sedap untuk daging kambing ini.
RESIPI KAMBING PERAP ALA GERMANY
Alkisahnya, perap 4 kg daging untuk dimakan pada bulan puasa, tetapi akhirnya dimakan oleh anak-anak, saudara-mara, dan cucu-cucu. Maka tamatlah sudah cerita mengenai niat untuk berbuka puasa. Tidak perlu bimbang, jika rezeki datang, kita akan mencuba lagi.
Bahan-bahan utama:
- Daging Kambing Hiris (lamb) – Disyorkan untuk membeli daging yang berlabel lamb. Jangan beli yang tebal biasa itu, tidak sedap dimakan. Di tempat saya, harga kambing lamb adalah RM26/kg.
- Jika ingin makan steak, anda boleh membeli sirloin, ribeye, tenderloin, atau pun striploin dengan perapan yang sama.
Bahan-bahan perapan: untuk 4kg daging kambing
- Sos blackpepper
- Serbuk lada
- Sos tomato
- Gula perang
- Sos Lea & Perrins
- Kiub ayam & kiub daging
- Bawang putih
- Bawang merah
- Garam
- Serbuk perasa
*Gaulkan semua bahan perapan di atas dengan minyak. Jika ingin sihat, gunakan minyak zaitun. Jika tidak ada minyak zaitun, gunakan minyak masak biasa. SANGAT DIHARAMKAN untuk menggunakan minyak diesel atau sebarang minyak yang kotor.
Cara-cara perapan:
1. Basuh dan keringkan hiris daging kambing (tidak perlu menggunakan pengering rambut).
2. Kukus daging dalam kukusan sehingga separuh masak. Jangan kukus terlalu lama, kerana takut menjadi terlalu lembut. Kira-kira biarkan daging itu menjadi sedikit lembut.
3. Perap dalam perapan selama kira-kira 3-4 jam.
4. Siap untuk dimasak.
5. Bakar di atas kuali. Tidak perlu menggunakan minyak. Minyak dari bahan perapan akan keluar secara automatik.
6. Perap sebanyak yang diinginkan, simpan dalam freezer. Jika ingin dimakan, bakar sekeping.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Che Bob
Baca juga: Ayam Bakar Kewpie Cara Khairul Aming, Perap Guna 4 Bahan Je