daging rebus air asam

Resipi daging rebus air asam ini sebenarnya cukup mudah. Bahan-bahan yang digunakan juga sangat ringkas tapi rasa dia memang power.

Cara penyediaannya juga boleh dikatakan senang. Hanya perlu merebus daging sehingga lembut, kemudian dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam air asam.

Menu ini juga sesuai untuk mereka yang sedang ‘diet’ kerana resipi ini tidak menggunakan sebarang minyak untuk menumis.

Jika anda nak tahu resipi lengkap, jom lihat resipi yang dikongsikan oleh Saudari Farhana Ismail di bawah. Selamat mencuba!

Baca juga: Resipi Air Asam Paling Sedap, Cicah Ikan Bakar Memang Terangkat!

Resipi Daging Rebus Air Asam

Bahan-bahan:

  • Daging

Bahan-bahan kisar:

  • Sedikit cili besar
  • Sebiji tomato
  • 6 tangkai cili padi
  • Air asam
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula

Bahan bahan potong:

Cara-cara:

1. Rebus daging sehingga lembut. Kemudian hiris nipis.

2. Kisar bahan-bahan kisar secara kasar, jangan sampai terlalu hancur sangat.

3. Tuangkan bahan yang sudah dikisar tadi ke dalam mangkuk. Masukkan juga tomato, cili padi, cili besar dan bawang besar yang sudah dipotong. Gaul sebati.

4. Akhir sekali, masukkan daging yang sudah direbus dan dihiris nipis tadi. Selamat mencuba!

Kredit resipi & gambar: Farhana Ismail

Baca juga: Resipi Ikan Rebus Air Asam Dengan Bendi Rebus, Sedap Tak Terkata!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN