air soya homemade

Air soya di antara air yang selalu kita beli untuk menghilangkan dahaga. Paling famous pada bulan Ramadhan untuk dijadikan minuman berbuka. Tapi kalau dapat air soya homemade lagi nikmat!

Biasa beli saja kan, kali ini apa kata jom cuba buat sendiri. Bukan sahaja mudah tapi lebih berkhasiat kerana tanpa menggunakan bahan pengawet, rasa juga lebih segar.

Buat sendiri juga lagi jimat, modal RM 1.50 saja tapi boleh dapat 2 liter air soya. Menarik kan? Jom cuba buat nanti! Ikut saja resipi perkongsikan oleh Asrinna Bakri di bawah.

BUAT SENDIRI AIR SOYA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kacang soya
  • Gula
  • Daun pandan

Cara-cara:

1. Cuci dan rendam kacang soya 4-5 jam atau hingga kembang. Boleh juga rendam sebelum tidur untuk masak keesokkan harinya.

2. Ulang cuci. Buang kulit-kulit yang tertanggal. Toskan.

3. Langkah ini PENTING. Kisar kacang soya dengan air. Nisbah 1 cawan kacang soya, 3 cawan air. Masukkan air sikit-sikit.

air soya homemade

4. Tapis guna penapis kain.

air soya homemade

5. Masak air soya dengan daun pandan. Api sederhana je. Masak sampai nak mula mendidih, boleh tutup api.

air soya homemade

6. Masukkan gula mengikut tahap kemanisan yang diingini. Kacau sampai gula larut. Siap.

Untuk 250g kacang soya, dapat 2 liter air soya. Semoga bermanfaat.

Kredit: Asrinna Bakri

Baca juga: Ikut 4 Langkah Ini Untuk Buat Telur Separuh Masak Yang ‘Perfect’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN