tip hilangkan miang sayur keladi

Rupa-rupanya ada tip hilangkan miang sayur keladi dengan mudah. Tak adalah gatal tekak dan tangan apabila memasak dan memakannya.

Jika ingin memasak sayur keladi, penting untuk menggunakan cara dan teknik yang tepat. Ini bertujuan untuk mencegah rasa gatal di tekak dan iritasi pada tangan.

Baca juga: Tip Pilih Sotong Segar Yang Ramai Orang Tak Tahu, Nombor 2 Paling Kena ‘Hadam’

Jika teknik yang digunakan tidak betul, ia dapat mengakibatkan pembaziran kerana mungkin perlu dibuang.

Untuk mengatasi masalah ini , ikuti petua dari perkongsian Cik Puan Fuza Zaki ini untuk menghindari rasa gatal dan miang ketika memasak sayur keladi.


TIP HILANGKAN MIANG SAYUR KELADI

tip hilangkan miang sayur keladi

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Sayur keladi
  • Buah pinang kering/segar

Cara-cara menghilangkan miang sayur keladi:

1. Basuh sayur keladi.

2. Rebuskan air dan masukkan sayur keladi ke dalam periuk.

3. Masukkan pinang muda ke dalam rebusan itu dan rebus seketika sehingga empuk.

4. Masaklah seperti biasa dan anda tidak perlu risau kerana tekak tidak akan gatal bila memakannya.

Antara tip lain:

  • Cara menghilangkan gatal pada sayur keladi adalah dengan merendam potongan sayur keladi dalam air garam selama beberapa saat sebelum dimasak.
  • Selain itu, anda juga boleh cuba merendamnya dalam air yang dicampur dengan sedikit cuka atau air kapur.
  • Ini akan membantu mengurangi kesan miang pada tangan dan tekak ketika makan sayur keladi.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Tip Rebus Kerang Isi Gemuk Dan Cantik, Tiada Bau Hamis Guna Cara Ini

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN