Kalau anda tidak tahu, resipi cinnamon rolls ini adalah sejenis roti lembut dan wangi dengan bau kayu manis serta mentega yang cair di dalamnya.
Apa yang menarik tentang resipi ini adalah ia boleh disediakan dengan menggunakan air fryer, menjadikannya lebih cepat dan mudah.
Ibu, cuti sekolah ini memang eloklah kenyangkan perut anak-anak dengan resipi cinnamon rolls ini. Nak lagi best, buat bersama-sama anak. Mesti anak akan ingat memori ini sampai bila-bila!
Jom baca!
Baca lagi: Resipi Masak Cuka Ikan Menggiurkan, ‘Confirm’ Berselera Makan!
Bahan-bahan Utama:
Cara Penyediaan Doh:
1. Campurkan tepung, susu, dan mentega cair dalam satu mangkuk besar.
2. Uli campuran tersebut sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Setelah doh siap, gunakan rolling pin untuk meleperkan doh sehingga berbentuk segi empat tepat. Ini penting kerana doh akan digulung nanti.
Bahan-bahan untuk Inti Cinnamon:
Cara Penyediaan Inti:
1. Campurkan mentega cair, tepung jagung, serbuk kayu manis, dan gula dalam satu mangkuk kecil.
2. Sapu adunan ini secara sekata di atas doh yang telah dileperkan tadi.
Cara Membuat Cinnamon Rolls:
1. Setelah sapuan inti siap, gulung doh dengan hati-hati supaya tidak pecah.
2. Potong gulungan doh kepada beberapa bahagian, mengikut saiz yang anda suka.
3. Susun cinnamon rolls ini di dalam air fryer pada suhu 160°C dengan sedikit jarak antara satu sama lain. Ini penting untuk membolehkan doh kembang dengan sempurna semasa membakar.
4. Bakar cinnamon rolls selama kira-kira 30 minit, bergantung kepada jenis air fryer yang anda gunakan. Pastikan anda sentiasa memeriksa untuk memastikan ia masak dengan sempurna.
Hiasan Tambahan:
Sumber: Wan Erni Suria
Wantan goreng antara kudapan yang ramai suka kerana kulitnya yang rangup dengan inti ayam yang…
Cara masak sup ayam menggunakan periuk claypot sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan berkuah…
Bau bawang yang melekat pada tangan selepas memasak memang boleh mengganggu, lebih-lebih lagi apabila baunya…
Kari ikan bawal emas sesuai dijadikan menu makan tengah hari bersama keluarga. Kuahnya yang pekat…
Nak buat kek marble sendiri di rumah? Resipi kek marble mudah ini boleh dicuba kerana…
Resepi egg drop soup antara hidangan berkuah yang boleh dicuba untuk menu makan tengah hari…