Seorang wanita di laman sosial Facebook berkongsikan resipi capati turun-temurun keluarganya selama 30 tahun.

Rupanya ada rahsia nak buat capati yang tetap lembut walaupun sejuk. Rahsianya adalah bergantung pada jenis tepung yang diguna.

Nak tahu cara-cara dan jenis tepung itu? Jom sama-sama baca perkongsian oleh Sha Yaacob di bawah.

Resipi Capati Turun-Temurun Keluarga 30 Tahun

Kadang2 tak semua yang baik tu indah. Capati resepi turun temurun 30 taun, sejuk tetap lembut. Siapa suka capati? Resepi sha agak-agak je. Sebab dah terbiasa buat 6 tahun campak2 je. Maaf kalau ada yang terkurang, sha halalkan untuk berkongsi.

Bahan-bahan:

  • 1 kg tepung atta (beli yang timbang baru lembut elok & original capati sebab kalau yang pack tu nanti capati keras)
  • 1 liter air (kurangkan sikit tak apa, nanti kalau keras boleh tambah air masa uli)
  • 2 sudu kecik garam
  • 1 sudu tea gula
  • 2 sudu gula marjerin sayur

Cara-cara:

1. Masukkan air, gula dan garam dalam bekas. Sebatikan.

2. Masak marjerin sampai cair, masukkan ke dalam bekas air tadi.

3. Uli jangan terlalu lembut, jangan terlalu keras.

resipi capati

4. Bila dah siap, rehatkan selama 30 minit. Boleh buat bebola, lagi elok doh bebola dibiarkan semalaman supaya lebih lembut dan sedap dimakan.

5. Canaikan dan boleh dibakar. Sekilo tepung boleh dapat dalam 23 biji.

resipi capati

Kredit: Sha Yaacob 

Baca juga: Peniaga Kongsi Rahsia Bancuhan Cempedak Rangup, Resipi Niaga Keluarga Selama 20 Tahun

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN