Cara buat corndog ini sangat mudah dan cepat. Resipi ini berbaloi kerana bahan-bahannya mudah didapati dan penyediaannya tidak rumit.

Makanan ini juga sangat sesuai bagi mereka yang sedang mencari idea untuk berniaga, kerana ia mempunyai permintaan yang tinggi terutama dalam kalangan kanak-kanak dan penggemar snek.

Dengan satu adunan, anda boleh menghasilkan sekitar 100 batang mini corndog. Jadi, anda boleh buat dalam kuantiti banyak, bekukan dan ia siap untuk dijual bila-bila masa!

Baca juga: Isi Ayam Tak Laku, Bila Buat ‘Chicken Popcorn’ Begini Confirm Berebut Makan!

CARA BUAT CORNDOG MINI

cara buat corndog

Bahan-bahan:

Cara-cara:

  1. Gaul rata semua bahan hingga menjadi doh yang tidak cair dan tidak terlalu kental.
  2. Perap doh selama sejam.
  3. Selepas itu, doh boleh digunakan.

Tips:

  • Simpan sosej yang sudah dicucuk pada lidi ke dalam peti sejuk beku selama 1 hari. Biarkan dia beku terlebih dahulu supaya senang untuk disalut.
  • Lap sosej yang sudah dibekukan dengan kain bersih untuk membuang ais. Kemudian, salut dengan adunan tepung.
  • Untuk mendapatkan saiz yang sempurna, cedok adunan tepung menggunakan sudu makan sebelum disalut pada sosej. Cara ini lebih mudah.
  • Panaskan minyak dengan api sederhana. Setelah minyak panas, kecilkan api sebelum masukkan corndog. Tunggu hingga corndog timbul, kemudian tekan-tekan dengan lembut sebelum diangkat.

Sumber: Puan Nurul Hairi

Baca juga: Roti Tak Habis Jangan Buang, Boleh Buat Roti Kering Bergula Yang Rangup!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending