ayam masak lemak rempah

Resipi ayam masak lemak rempah ini lain dari lain kerana bahan-bahannya menggunakan jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Jika ditanya bagaimana rasanya, ia penuh dengan rasa rempah ratus dan santan.

Menu ini sesuai untuk dimakan bersama nasi panas. Gabungan protein ayam dan sayuran seperti kentang, carrot, dan terung menjadikan hidangan ini lengkap dan menyelerakan.

Selain itu, untuk rasa lebih istimewa anda boleh tambahkan daun kunyit yang dihiris halus sebelum tutup api.

Baca lagi: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!

RESIPI AYAM MASAK LEMAK REMPAH

Bahan-bahan Kisar:

  • 3 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit sebesar ibu jari
  • 3 tangkai cili merah (boleh tambah cili api untuk rasa lebih pedas)
  • 1 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih

Bahan Lain:

  • 2 batang serai (diketuk)
  • 500g ayam (potong sederhana)
  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 1 batang carrot (potong serong)
  • 1 biji terung (goreng separuh masak)
  • 400ml santan
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil gula
  • Air secukupnya
  • (Pilihan) Sedikit serbuk pati ayam untuk rasa tambahan

Cara-cara:

1. Kisar semua bahan sehingga halus. Pastikan semua rempah ratus hancur sempurna untuk rasa yang menyeluruh.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar bersama serai sehingga pecah minyak dan naik bau wangi.

3. Masukkan ayam ke dalam kuali dan gaul rata bersama rempah. Masukkan sedikit air untuk membantu ayam masak lebih mudah. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.

4. Tutup kuali dengan penutup (atau “ungkepkan” seperti kata orang tua) dan biarkan ayam dimasak dengan api sederhana sehingga air ayam keluar dan ayam menjadi kecut.

5. Apabila ayam hampir masak, tambahkan kentang dan carrot. Masukkan air lagi jika perlu untuk memastikan sayuran masak dengan sempurna.

6. Setelah kentang dan carrot hampir empuk, masukkan santan ke dalam kuali. Kacau perlahan untuk mengelakkan santan pecah. Bila sudah mendidih, masukkan kerisik untuk rasa yang lebih pekat dan lemak.

7. Masukkan terung goreng ke dalam masakan. Gaul rata dan biarkan seketika sehingga semua bahan sebati.

8. Tutup api dan hidangkan masak lemak rempah ini bersama nasi putih panas.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Izzuana Izhar

Baca lagi: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN