Kek Oreo Ganache tanpa tepung yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat dan oreo boleh cuba resepi ni. Confirm tak cukup kalau makan sepotong. Kek Oreo Ganache ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna tepung.  Jadi mari kita cuba resepi Kek Oreo Ganache yang dikongsikan oleh Tyra Manan di Facebook.

PENULIS

MyResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut

TAHAP KESUKARAN

Mudah

Resepi Kek Oreo Ganache Tanpa Tepung

Kek Oreo Ganache tanpa tepung yang creamy dan penuh dengan rasa coklat, sedap sangat kalau makan sejuk-sejuk. Siapa yang suka sangat coklat dan oreo boleh cuba resepi ni. Confirm tak cukup kalau makan sepotong. Kek Oreo Ganache ni tanpa telur, tak perlu guna oven dan juga tak perlu guna tepung.  Jadi mari kita cuba resepi Kek Oreo Ganache yang dikongsikan oleh Tyra Manan di Facebook.

Kredit: Tyra Manan
BAHAN-BAHAN KEK
  • Biskut Oreo – 500gm

  • Susu Coklat – 400ml

Kredit: Tyra Manan

Kredit: Tyra Manan
CARA-CARA
  • Campur je dua-dua bahan dalam blender dan blend sampai hancur dan sebati.

  • Masukkan dalam loyang yang dah sapu dengan butter sikit, lepastu kukus selama 25-30 minit.

  • Bila kek ni dah masak, rupa dia memang tak berapa nak cantik sangat. Tapi jangan risau, kita nak touch up dengan choc ganache

Kredit: Tyra Manan
BAHAN CHOC GANACHE
  • Dark chocolate – 200gm

  • Susu Segar – 100ml

  • Butter – 1tbsp

CARA PENYEDIAAN
  • Cairkan chocolate dan butter guna kaedah double boil. Bila chocolate dah betul-betul cair baru masukkan susu.

  • Tunggu kek dah sejuk sikit baru curah atas kek dan sedia dihidangkan.

Kredit: Tyra Manan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.