capati gandum

Sedapnya petang-petang macam ni dapat makan capati gandum cicah dengan kari ayam yang pekat.

Cara membuat capati juga sangat mudah kalau anda ikut resipi ini. Yang paling penting, lepas canai tak perlu susah-susah nak perap doh dan boleh terus bakar.

Jom sama-sama cuba buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian dari Zainoor Aliza Ali di bawah. Selamat mencuba!

RESIPI CAPATI GANDUM YANG MUDAH

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung gandum
  • 3 sudu besar marjerin pelangi
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 ¼ cawan air panas mendidih (resipi asal lebihkan sedikit air)
  • Tepung untuk dusting

Cara-cara:

1. Satukan tepung gandum, marjerin dan garam.

2. Masukkan air panas mendidih, kacau menggunakan senduk. Uli hingga menjadi doh.

capati gandum

3. Kemudian canaikan sambil tabur dan sapu tepung gandum supaya tak melekat.

capati gandum

4. Masak di atas kuali non-stick, tutup dengan penutup kuali.

5. Bila naik gelembung baru terbalikkan.

Selamat mencuba!

capati gandum

Kredit:Wan Atirah WM (MAHN)

Sumber resipi & gambar: Zainoor Aliza Ali

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN