resipi bubur pulut hitam

Hari ini kami kongsikan resipi bubur pulut hitam dengan penambahan buah longan kering untuk memberikan sedikit kelainan dan aroma yang harum.

Pulut hitam ini juga dihidangkan dengan kuah santan yang menambah kelemakan pada bubur yang juga mempunyai tekstur lembut.

Selain itu, sekiranya anda suka bubur yang lebih pekat, kurangkan sedikit air semasa merebus pulut. Tambahkan lebih banyak air jika suka bubur yang lebih cair.

Bubur pulut hitam juga enak jika anda menambah sedikit hirisan kelapa muda atau jagung manis jika ingin variasi tambahan. Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Ayam Pad Kra Pao, Resipi Mudah & Penuh Aroma Daun Selasih Thai!

RESIPI BUBUR PULUT HITAM

Bahan-bahan

Bahan bubur pulut hitam:

  • 300g pulut hitam
  • 6 – 8 cawan air
  • 3/4 cawan gula putih
  • 3 helai daun pandan
  • 100g buah longan kering
  • Gula putih secukup rasa
  • Garam secukup rasa

Bahan kuah santan:

  • 400ml santan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan

1. Mulakan dengan mencuci pulut hitam hingga bersih untuk menghilangkan lebihan kanji. Rendam selama 30 minit untuk mempercepatkan proses memasak dan menghasilkan tekstur bubur yang lembut.

2. Selepas direndam, masukkan pulut hitam ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan daun pandan yang telah disimpul. Gunakan api sederhana untuk merebus pulut hitam, dan pastikan anda kacau selalu supaya bubur tidak melekat pada dasar periuk. Jika air berkurang dan pulut hitam masih belum lembut, tambah lagi air sedikit demi sedikit. Masak sehingga pulut hitam lembut tetapi tidak terlalu kembang.

3. Setelah pulut hitam mencapai tekstur yang lembut, masukkan gula dan buah longan kering.

4. Teruskan memasak selama 10 minit lagi sehingga buah longan menjadi lembut dan menyatu dengan bubur.

5. Tambah sedikit garam untuk menyeimbangkan rasa manis bubur. Tutup api dan tutup periuk, biarkan bubur berehat selama 30 minit supaya rasa lebih sebati.

6. Dalam periuk kecil, masukkan santan dan garam. Letakkan di atas api kecil dan kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak. Teruskan kacau hingga santan mula berkuap. Setelah itu, tutup api dan ketepikan kuah santan.

Siap dan cedok bubur ke dalam mangkuk hidangan dan tuangkan kuah santan di atasnya mengikut selera. Selain itu, anda juga boleh menghidangkan bubur ini panas atau sejuk, mengikut citarasa masing-masing.

resipi bubur pulut hitam

Sumber: Lina Thomas

Baca lagi: Cara Buat Tauhu Berlauk, Sedapnya Cicah Dengan Resipi Sambal Kicap Istimewa

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN