Pernah rasa bubur bunga kembang setaman? Bila tengok rasa sayang je nak makan. Comel-comel pulak tu. Kalau boleh nak simpan bunga tu sebagai hiasan je.
Bila tengok gambar pon rasa geram sebab comel dengan warna putih-putih bersih tu siapa je tak geram kan.Kalau nak tengok kecomelan bunga-bunga tu meh la cuba resipi ni. Nanti boleh jadikan menu hidangan petang ataupun pencuci mulut untuk tetamu.
Resipi Bubur Bunga Kembang Setaman Yang Mudah Dan Sedap
Bahan-bahan doh:
- 3 cawan tepung pulut
- 1 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan air
- Pewarna
- Air untuk rebus
- Sedikit garam
- 2 helai daun pandan
(kalau nak buat sikit, guna cawan kecik je untuk sukatan)
Bahan-bahan kuah:
- 1 kotak santan kara
- Air secukupnya
- Sehelai daun pandan
- 1 cawan gula
- 1 sudu kecil garam
Cara-cara:
- Uli tepung pulut,tepung gandum & air sampai jadi doh. Asingkan dan warnakan. Kemudian bentukkan saiz bunga kecil-kecil.
- Panaskan air dalam periuk, letak daun pandan dan sedikit garam. Bila air menggelegak masukkan bunga satu per satu. Bila timbul,angkat dan masukkan dalam air sejuk/air ais.
- Di dalam periuk,masukkan air,gula,daun pandan & garam. Sukatan air mengikut kuah yang kita nak. Masak air sehingga menggelegak dan gula hancur.
- Kemudian, kecilkan api.
- Masukkan santan. Kacau rata. Kemudian masukkan bunga yang dah disejat.
- Renehkan dengan api perlahan.Kacau sekali sekala.Siap dan boleh dihidang.Makan panas-panas pon boleh sejuk pon boleh.
Kredit: Che Fyqah
Baca juga:
Kedai Kek Pak Tam Viral Di Brinchang, Pelbagai Jenis Kek Ada Dijua