ayam kalio

Kalio Ayam adalah salah satu dari resepi Minang yang digemari ramai. Masakan Minang jika dilihat dari bahan-bahan yang digunakan, tidak jauh berbeza dengan masakan Melayu di negara kita. Ya lah nama pun serumpun.

Lagi banyak bahan lagi banyak rencahnya kerana ayam kalio ini sedap dimasak lama dan pekat. Ketika dimasak, memang semerbak sahaja bau nya. Rasanya pun sedap dan lain dari masakan seharian.

Jom lihat resipi lengkapnya di bawah yang telah dikongsi oleh Yusuf Suhaida. Semoga bermanfaat.

Cara Masak Ayam Kalio

Bahan A:

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Ketumbar (1 tsp)
  • Cili kisar (3 tbsp)

Bahan B:

  • Serai (titik)
  • Santan cair

Bahan C:

  • Daun limau purut
  • Daun bay leaf/ Salam
  • Daun kunyit (hiris)

Bahan D:

  • Santan pekat
  • Air
  • Garam
  • Perasa

Bahan lain:

  • Cili api

Cara-cara memasak:

1. Kisar bahan-bahan A, dan tumis sehingga sedikit pecah minyak.

2. Masukkan bahan B, masak sekejap sehingga kering.

3. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap.

4. Tambahkan bahan C dan bahan D. Gaul rata.

5. Perasakan dengan garam serta gula secukupnya. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

6. Tambah cili api dan siap untuk dihidangkan. Selamat mencuba!

Kredit: Yusuf Suhaida

Baca juga: Kari Ayam Bangladesh, Resipi Viral TikTok, Makan Dengan Nasi Panas Padu Gais!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN