Pagi ini jom kita ikut resipi ayam goreng berempah yang super simple seperti perkongsian di bawah. Bukan sahaja sedap dinikmati bersama nasi lemak malah nasi putih juga sedap.
Kombinasi rempah yang kaya serta aroma serai dan daun kari menjadikan hidangan ini begitu menggoda selera. Makan pula ketika masih panas-panas, memang mantap.
Jom kita baca resipi di bawah.
Baca lagi: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!
RESIPI AYAM GORENG BEREMPAH
Bahan-bahan:
- 1 ekor ayam, dipotong kepada 4 bahagian. Cuci hingga bersih dan toskan airnya.
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar
- 1 labu bawang putih
- 5 batang serai
- 3 inci halia
- 3 inci kunyit hidup
- 5 sudu besar biji ketumbar
- 5 sudu besar jintan putih
- 5 sudu besar jintan manis
- 3 sudu besar rempah kari
- 3 sudu besar serbuk cili
- 3 sudu besar serbuk kunyit
- Daun kari
- 5 batang serai, ditumbuk halus
- Garam dan nisan secukup rasa
Cara-Cara Penyediaan:
1. Mula-mula, kisar semua bahan kisar hingga halus.
2. Sangai biji ketumbar, jintan putih, dan jintan manis. Setelah disangai, kisar bahan-bahan ini sehingga halus.
3. Campurkan bahan kisar dengan bahan rempah yang telah disediakan. Masukkan serai yang ditumbuk halus, garam, dan nisan. Gaul semua bahan ini hingga sebati.
4. Ambil ayam yang telah dibersihkan dan gaul bersama campuran rempah yang telah disediakan. Perap ayam selama sekurang-kurangnya 1 jam. Untuk hasil yang lebih enak, perap lebih lama.
5. Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas. Goreng ayam hingga tenggelam dalam minyak dan pastikan ayam masak sempurna.
6. Apabila ayam hampir masak, taburkan daun kari ke dalam kuali untuk menambah aroma dan rasa.
Sumber: Kunije Tnije
Baca lagi: Cara Buat Udang Bakar Cheese, Dah Macam ‘Vibe’ Di Hotel 5 Bintang!