Terasa nak makan mewah seperti makanan laut? Apa kata cuba buat udang bakar cheese yang tersangat sedap serta lain daripada lain.

Kalau anda cuba menu ini seumpama berada di hotel bertaraf 5 bintang! Hotel-hotel mewah sahaja yang akan hidangkan juadah sebegini, betul kan?

Jadi, jom cuba buat sendiri di rumah dengan ikut resipi Farahama Rozali ini.

Baca lagi: Sardin Gulung Bakar Macam Kedai Bakeri, Memang MENJADI Guna Cara Ini

RESIPI UDANG BAKAR CHEESE

Bahan-Bahan:

  • Udang besar, dibersihkan dan dibelah belakangnya
  • Sedikit mentega
  • Keju mozzarella (atau cheddar)
  • Serbuk lada sulah atau lada hitam
  • Bawang putih, dicincang
  • Sesudu lemon (pilihan)
  • Mixed herbs (pilihan)
  • Daun parsley dan tomato untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula sekali, udang yang telah dibersihkan tu, belah bahagian belakangnya.

2. Pada masa yang sama, campurkan keju mozzarella, mentega, bawang putih, lada sulah, mixed herbs dan perahan lemon dalam satu bekas.

3. Setelah itu, letakkan bahan campuran tersebut pada belahan udang dan dibahagian kaki udang.

4. Kemudian bolehlah susun atas pemanggang dan bakar untuk 10-12 minit atau sehingga masak.

udang bakar cheese

5. Keju akan cepat cair, jadi kalau biar lama-lama keju akan hangit. Udang akan bertukar keperangan apabila sudah masak.

Nota:

Gunakan keju mozzarella untuk rasa lebih menarik, tetapi keju cheddar juga boleh digunakan.

Sumber: Farahama Rozali 

Baca lagi: Resipi Cucur Udang Gebu Gebas, Ada Petua Supaya Tak Serap Banyak Minyak

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending