tauhu homemade

Rupanya mudah saja nak buat tauhu homemade hanya menggunakan tiga bahan iaitu kacang soya, air dan cuka makan.

Ada tiga bahan ini mak-mak dah boleh buat tauhu sendiri di rumah. Bukan apa bila buat sendiri, dijamin lebih bersih daripada beli di pasaraya kerana tidak tahu status halalnya.

Baca juga: Jom Buat Sendiri Tauhu Telur Homemade. Dijamin Sedap, Bersih & Halal

CARA BUAT TAUHU HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • 1 kg kacang soya (rendam 1 malam)
  • Air (sukatan air untuk kisar kacang 1 cawan kacang : 2 cawan air)
  • 10 sudu besar cuka makan

Bahan lain:

  • 2 bakul yang sama saiz
  • Kain kasa

Cara-caranya:

1. Selepas cuci kacang, rendam 1 malam kemudian esoknya cuci lagi toskan/tapiskan.

2. Kisar kacang dengan sukatan air di atas, kemudian tapis. (Kisar sekali sahaja)

3. Tapis guna kain kasa. Guna cheese cloth tapi kalau nak guna napkin / kain tudung chiffon pun boleh.

4. Masak air kacang soya sehingga mendidiih dan hilang bau mentah.

5. Masukkan cuka.

6. Biar hingga berketul.

7. Letak dalam bakul alas kain kasa.

8. Tindih bakul dengan benda berat. Boleh guna lesung batu.

9. Biarkan sejuk.

10. Buka kain. Potong-potong tauhu ikut saiz disukai.

tauhu homemade

11. Kemudian goreng. Saya letak tepung jagung + rempah kari + serbuk lada + garam sikit.

12. Siap! Memang fresh dan lain sangat rasa tauhu goreng homemade ni tau.

tauhu homemade

Kredit: Jumee Afuan

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending