air asam sedap

Nak buat air asam sedap ni sebenarnya sangat mudah dan sedap pula tu. Biasanya selalu dicicah dengan ikan kukus.

Nampak macam simple kan? Tapi rasa dia sangat menyengat! Cara buat dia pun sangat mudah. Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Ameera di bawah.

Cara Buat Air Asam Sedap & Padu

Bahan-bahan:

  • 10 biji cili padi
  • 2 biji besar cili merah
  • 1 biji tomato
  • Bawang besar 1 biji

  • Asam jawa biji (ambil separuh seperti dalam gambar)

  • Belacan

Cara-cara:

1. Campurkan semua dalam mangkuk.

2. Letakkan garam sikit.

3. Gula 2 sudu makan.

4. Masukkan belacan (lenyekkan guna tangan).

5. Sos tomato 1 sudu makan.

6. Masukkan juga 1 sudu makan sos cili.

7. Campurkan asam jawa dengan 1 cawan air.

8. Tapiskan, buang biji.

9. Gaul sebati semua bahan tadi.

air asam sedap

10. Siap untuk dihidang.

air asam sedap

11. Ikut suka nak kukus ikan apa, ini ikan bawal tambak. Manis isi nya. Kukus ikan 20 minit sahaja (ikan disapu garam dan sedikit kunyit).

air asam sedap

Kredit: Ameera

Baca juga: Petua Buat Sambal Tumis Yang Sedap, Kena Tos Air Bawang Yang Dikisar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN