kuih kasui

Kuih kasui pandan merupakan salah satu hidangan tradisional yang paling digemari ramai dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dengan rasa yang manis dan tekstur kenyal, kuih ini mampu memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya.

Waktu tengah kukus, bau pandan yang harum semerbak satu rumah. Memang wangi sangat! Siapa yang hidu pasti tak sabar nak makan.

Jika ada yang ingin mencuba, boleh lihat resipi di bawah untuk ketahui apakah bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya.

Baca juga: Tip Buat Kuih Lapis Pelangi Yang Lembut, Gedik & Elastik, Dijamin Anti-Gagal!

RESEPI KUIH KASUI PANDAN

kuih kasui

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 10-12 helai daun pandan
  • 7 cawan air
  • 2 cawan tepung gandum (padat)
  • 1 1/2 cawan tepung ubi kayu (padat)
  • 2 sudu besar air kapur sirih

Cara-cara:

  1. Kisar daun pandan bersama 7 cawan air. Kemudian, ambil air pandan yang telah dikisar tadi.
  2. Selepas itu, masak gula dengan 2 cawan air pandan tersebut hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan kesemua air pandan yang telah dicampur dan biarkan airnya menjadi suam.
  4. Setelah itu, bancuhkan dengan kesemua tepung dan air kapur sirih.
  5. Kukus adunan selama 30 minit. Hasilnya, kuih kasui akan menjadi kenyal.

Selamat mencuba!

Kredit resipi dan gambar: Normah Bahari

Baca juga: Resipi Kuih Sagu Pandan, Kukus Macam Ini Memang Lembut Elok

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN