Categories: Resipi

Resipi Udang Kunyit Berempah, Sedap Sampai Orang Tertanya-Tanya Apa Bahan Rahsianya

Kalau suka lauk udang yang mudah tetapi tak tahu nak masak apa, udang kunyit berempah ini memang wajib cuba. Sekali pandang, rupanya macam sambal udang, tetapi sebenarnya cara masaknya sedikit berbeza dan ada satu bahan yang mungkin buat tetamu tertanya-tanya apa yang dimasukkan dalam resipi ini.

Udang terlebih dahulu disalut dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng sehingga elok masak. Baki minyak yang sama pula digunakan untuk menumis bawang putih, halia, daun kari dan cili kering kisar sehingga betul-betul garing. Bila digabungkan dengan sos tomato, hasilnya memang cukup menyelerakan.

Menu ini sesuai sangat dimasak untuk hidangan keluarga ataupun ketika ada tetamu datang makan. Kuahnya yang pekat dan berempah memang buat rasa nak tambah nasi. Siap boleh jadi antara lauk yang licin dulu atas meja!

Baca juga: Resipi Udang Sweet Sour, Kuah Pekat & Masam Manis Pedas Memang Buka Selera!

RESEPI UDANG KUNYIT BEREMPAH

Bahan-bahan:

  • Udang secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Bawang putih (dicincang)
  • Halia (dihiris)
  • Daun kari
  • Cili kering kisar
  • Sos tomato secukupnya
  • Gula secukup rasa
  • Bawang holland (dipotong bulat)
  • Daun bawang (dihiris)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Bersihkan udang dan toskan. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Pastikan serbuk kunyit digunakan agak banyak supaya warna dan rasanya lebih menyerlah.
  2. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang yang sudah disalut kunyit sehingga masak. Angkat dan toskan, tetapi jangan buang baki minyak kerana minyak yang sama akan digunakan untuk menumis.
  3. Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis bawang putih cincang, hirisan halia dan daun kari sehingga naik bau.
  4. Masukkan cili kering kisar. Tumis dengan api sederhana sehingga cili benar-benar garing dan pecah minyak. Langkah ini penting supaya rasa cili lebih sedap dan tidak mentah.
  5. Masukkan sos tomato secukupnya, kemudian perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa.
  6. Masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga udang bersalut rata dengan kuah berempah.
  7. Masukkan bawang holland yang dipotong bulat. Gaul seketika sehingga bawang mula layu tetapi masih mempunyai sedikit tekstur.
  8. Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Gaul sekejap dan terus tutup api.
  9. Siap! Hidangkan udang kunyit berempah panas-panas bersama nasi putih.

Sumber: Thread @zura_betty

Baca juga: Tips Sambal Udang Sedap, Rupanya Goreng Udang Dulu Buat Sambal Kekal Pekat & Cantik

Wan N

Recent Posts

Resepi Laksam Kelantan Original, Ini Cara Buat Kuah Lemak Ikan & Sambal Jantan Paling Padu!

Kalau sebut sahaja laksam Kelantan, pasti ramai terbayangkan gabungan laksam yang lembut, kuah lemak ikan…

8 minutes ago

Resipi Kerabu Mangga Ala Kampung, Masam Pedas Rangup Memang Sedap Diratah!

Kalau ada mangga muda di rumah, apa kata cuba buat resepi kerabu mangga ala kampung…

38 minutes ago

Resipi Gulai Pisang Tumis Darat Cara Orang Lama, Rasa Klasik Yang Menu Moden Tak Boleh Lawan!

Resipi gulai pisang tumis darat merupakan antara hidangan tradisional yang mungkin jarang ditemui, tetapi mempunyai…

39 minutes ago

Sekali Buat Terus Dapat Apam Susu Gebu, Resipi Mudah Ini Sesuai Untuk Jamuan Anak!

Sedang mencari idea kuih yang mudah disediakan untuk jamuan akhir tahun anak-anak di sekolah? Apa…

2 hours ago

Resipi Makaroni Buttermilk Pedas Berkrim Versi ‘Confirm’ Tak Muak, Wangi Bau Daun Kari!

Resepi buttermilk pasta ini sesuai untuk penggemar hidangan pasta yang gemarkan tekstur berkrim tetapi pedas…

3 days ago

Jangan Terus Masukkan Jagung Dalam Air, Ini Cara Rebus Supaya Isinya Tak Kecut & Kekal Gebu!

Jagung rebus memang antara makanan yang sedap dinikmati begitu sahaja, lebih-lebih lagi apabila isinya masih…

3 days ago