
Kalau suka lauk udang yang mudah tetapi tak tahu nak masak apa, udang kunyit berempah ini memang wajib cuba. Sekali pandang, rupanya macam sambal udang, tetapi sebenarnya cara masaknya sedikit berbeza dan ada satu bahan yang mungkin buat tetamu tertanya-tanya apa yang dimasukkan dalam resipi ini.
Udang terlebih dahulu disalut dengan serbuk kunyit dan garam, kemudian digoreng sehingga elok masak. Baki minyak yang sama pula digunakan untuk menumis bawang putih, halia, daun kari dan cili kering kisar sehingga betul-betul garing. Bila digabungkan dengan sos tomato, hasilnya memang cukup menyelerakan.
Menu ini sesuai sangat dimasak untuk hidangan keluarga ataupun ketika ada tetamu datang makan. Kuahnya yang pekat dan berempah memang buat rasa nak tambah nasi. Siap boleh jadi antara lauk yang licin dulu atas meja!
Baca juga: Resipi Udang Sweet Sour, Kuah Pekat & Masam Manis Pedas Memang Buka Selera!
RESEPI UDANG KUNYIT BEREMPAH

Bahan-bahan:
- Udang secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
- Garam secukup rasa
- Bawang putih (dicincang)
- Halia (dihiris)
- Daun kari
- Cili kering kisar
- Sos tomato secukupnya
- Gula secukup rasa
- Bawang holland (dipotong bulat)
- Daun bawang (dihiris)
- Minyak untuk menggoreng
Cara-cara penyediaan:
- Bersihkan udang dan toskan. Gaulkan udang bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Pastikan serbuk kunyit digunakan agak banyak supaya warna dan rasanya lebih menyerlah.
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng udang yang sudah disalut kunyit sehingga masak. Angkat dan toskan, tetapi jangan buang baki minyak kerana minyak yang sama akan digunakan untuk menumis.
- Dengan menggunakan baki minyak tadi, tumis bawang putih cincang, hirisan halia dan daun kari sehingga naik bau.
- Masukkan cili kering kisar. Tumis dengan api sederhana sehingga cili benar-benar garing dan pecah minyak. Langkah ini penting supaya rasa cili lebih sedap dan tidak mentah.
- Masukkan sos tomato secukupnya, kemudian perasakan dengan gula dan garam mengikut citarasa.
- Masukkan udang yang sudah digoreng tadi. Gaul sehingga udang bersalut rata dengan kuah berempah.
- Masukkan bawang holland yang dipotong bulat. Gaul seketika sehingga bawang mula layu tetapi masih mempunyai sedikit tekstur.
- Akhir sekali, masukkan hirisan daun bawang. Gaul sekejap dan terus tutup api.
- Siap! Hidangkan udang kunyit berempah panas-panas bersama nasi putih.
Sumber: Thread @zura_betty
Baca juga: Tips Sambal Udang Sedap, Rupanya Goreng Udang Dulu Buat Sambal Kekal Pekat & Cantik
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














