resepi udang sweet sour

Kalau anda sedang mencari resepi udang sweet sour yang mudah tetapi rasanya setanding lauk di restoran, inilah resipi yang wajib dicuba. Gabungan rasa masam, manis dan pedas yang seimbang membuatkan setiap suapan lebih menyelerakan, apatah lagi jika dimakan bersama nasi panas.

Apa yang menarik, udang digoreng terlebih dahulu supaya isinya kekal pejal dan manis. Kemudian ia disalut pula dengan kuah sweet sour yang pekat bersama pelbagai sayuran seperti lobak merah, kacang buncis dan tomato. Hasilnya bukan sahaja sedap, malah nampak lebih berwarna-warni dan menyelerakan.

Resipi ini juga sangat sesuai dijadikan menu makan tengah hari atau makan malam bersama keluarga. Cara penyediaannya ringkas, bahan-bahan pula mudah didapati. Sekali cuba, pasti akan masuk dalam senarai lauk kegemaran di rumah.

Baca juga: Resipi Masak Lemak Udang Cara Tumis Santan, Kuah Pekat Berlemak Buat Ramai Terliur

RESEPI UDANG SWEET SOUR PEDAS

resepi udang sweet sour

Bahan-bahan:

  • 1 kg udang (dibersihkan)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 sudu besar cili giling (untuk salut udang)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (untuk salut udang)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 senduk sos cili
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 tangkai cili merah (dihiris)
  • Daun bawang (dihiris)
  • 1 biji tomato (dipotong baji)
  • Kacang buncis atau kacang panjang (dihiris)
  • 1 batang lobak merah (dihiris nipis)
  • 1 keping kecil asam keping
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Serbuk perasa (jika suka)
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara penyediaan:

  1. Gaulkan udang bersama 1 sudu besar cili giling dan serbuk kunyit hingga rata. Panaskan minyak, kemudian goreng udang seketika sahaja sehingga bertukar warna. Jangan goreng terlalu lama supaya isi udang kekal lembut dan juicy. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan sedikit keperangan. Masukkan bawang besar, lobak merah serta kacang buncis. Tumis selama 2 hingga 3 minit sehingga sayur sedikit lembut tetapi masih rangup.
  3. Masukkan cili giling, sos cili, sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan kuah mendidih lebih kurang 5 minit supaya semua bahan sebati.
  4. Masukkan semula udang yang telah digoreng bersama asam keping. Gaul perlahan-lahan supaya kuah menyelaputi setiap ekor udang.
  5. Akhir sekali, masukkan hirisan tomato, cili merah dan daun bawang. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa mengikut citarasa. Masak lagi sekitar 5 minit sebelum ditutup api.
  6. Siap untuk dihidangkan. Paling sedap dinikmati ketika masih panas bersama nasi putih. Selain rasanya yang masam manis pedas, sayur-sayuran yang digunakan juga menambah tekstur rangup dalam setiap suapan.

Sumber: Hawa Mohd Amin

Baca juga: Resepi Udang Goreng Salt & Pepper Luar Garing Dalam Juicy, Nampak Terus Berebut Nak Makan!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN