
Nak masak lauk sedap tanpa memerlukan masa yang lama, buat saja Udang Goreng Bawang Putih ini. Bau harum bawang putih yang digoreng garing bersama udang segar, memang susah nak tolak.
Menu ini sangat sesuai untuk hari-hari sibuk atau apabila kehabisan idea nak masak apa. Dengan bahan asas di dapur, sudah cukup untuk hasilkan satu hidangan yang padu.
Terima kasih kepada Liza Idris atas perkongsian resipi Udang Goreng Bawang Putih di Facebook, hasilnya memang buat ramai terliur. Jom kita cuba!
Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!
RESIPI UDANG GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-bahan:
- 15 ekor udang galah (udang biasa pun boleh)
- 7 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 3 sudu chilli flakes
- Buttercup atau minyak masak
- Garam atau gula secukup rasa
- Daun sup
- Daun bawang
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula, panaskan kuali dan masukkan buttercup, kemudian cairkan.
2. Letak udang, balik-balikkan dan goreng separuh masak, kemudian angkat dan ketepikan.
3. Guna minyak butter yang sama dan goreng bawang putih sampai garing, kemudian angkat dan ketepikan.
4. Selepas itu, tumis pula bawang besar sampai layu.
5. Masukkan udang dan chilli flakes, kemudian gaul mesra.
6. Seterusnya, masukkan bawang putih goreng tadi dan gaul lagi bagi mesra.
7. Kemudian, boleh perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.
8. Akhir sekali, tabur daun sup dan daun bawang. Siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Sumber: Liza Idris
Baca juga: Udang Masak Lemak Tempoyak Cili Api Paling Padu, Hirup Kuahnya Terus Terangkat Selera!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














