udang goreng butter

Terpegun tengok hidangan Udang Goreng Butter di restoran dengan sarang telur yang cantik keemasan. Jika tahu caranya, hidangan begini boleh saja dibuat sendiri di rumah.

Ramai tertarik dengan resipi yang dikongsikan oleh Rafidah Jamal di Facebook kerana ada teknik untuk buat sarang telur yang rangup dan cantik berjurai. Jom kita cuba!

Baca juga: Petua Udang Tak Kecut Bila Masak, No. 3 Paling Ramai Tak Pernah Cuba!

RESIPI UDANG GORENG BUTTER

udang goreng butter

Bahan-bahan untuk sarang telur:

  • 2 hingga 3 biji kuning telur (dipukul rata, boleh letak sedikit garam)
  • 1 sudu butter
  • 1 cawan minyak masak

Cara-cara buat sarang telur:

1. Panaskan minyak sampai agak panas, masukkan butter.

2. Gunakan senduk bulat dan putar minyak dalam bentuk bulatan sehala.

3. Putarkan laju sedikit (jangan sampai minyak terpercik). Sambil putar, tuang kuning telur sedikit demi sedikit dari bekas tinggi seperti buat teh tarik.

4. Apabila telur nampak berbuih dan keemasan, terus tapis menggunakan penapis kelapa.

udang goreng butter

Bahan-bahan untuk udang goreng butter:

  • 14 hingga 15 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4 hingga 5 biji cili (ikut kepedasan)
  • Daun kari
  • 1 sudu butter
  • ¼ cawan susu segar
  • Garam secukupnya

Cara-cara memasak udang goreng butter:

1. Mula-mula, gaul udang dengan garam dan kunyit, goreng sekejap saja supaya tak liat, angkat dan ketepikan.

2. Dalam kuali lain, cairkan butter dan tumis bawang putih serta cili sampai naik bau.

3. Masukkan daun kari dan goreng sampai garing.

4. Tuang susu segar, perasakan dengan garam dan masukkan udang goreng tadi. Gaul rata sampai kuah agak kering.

5. Akhir sekali, taburkan sarang telur di atas udang. Siap untuk dihidang!

Selamat mencuba!

Sumber: Rafidah Jamal

Baca juga: Udang Goreng Bawang Putih Wangi Satu Rumah, Sekali Masak Terus Ketagih!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN