udang galah

Resepi udang galah masak kerisik ini memang sangat sedap dan membuka selera. Jika ada udang yang segar, bolehlah cuba masakan ini.

Cara penyediaannya tidak susah mana, hanya memerlukan bahan-bahan yang disebutkan di bawah. Biasanya bahan ini sudah ada di dapur setiap rumah.

Tidak ada salahnya jika kita cuba resipi lain yang menarik. Bosan juga jika asyik masak menu yang sama sampai berulang kali kan? Jom cuba!

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Untuk Buang Kotoran

RESEPI UDANG GALAH MASAK KERISIK

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Udang galah (basuh bersih)
  • 3 sudu besar kerisik
  • Cili kering (rebus dan kisar)
  • 3 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 sudu kecil serbuk kari
  • Ajinomoto
  • Garam
  • Gula
  • 2 keping asam keping
  • 3 tangkai daun kari

Cara memasak:

1. Bersihkan udang dari segala kekotoran. Lumur dengan sedikit kunyit dan garam sehingga rata pada semua udang. Kemudian gorengkan seketika sehingga separuh masak. Angkat dan toskan, ketepikan terlebih dahulu.

2. Tumis kerisik, cili kisar, bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah dikisar sehingga naik bau. Apabila sudah naik bau, masukkan daun kari, asam keping dan serbuk kari.

3. Masukkan juga sedikit air. Kemudian masukkan udang dan gaul sebati.

4. Perasakan dengan ajinomoto, garam dan gula secukup rasa. Selamat mencuba!

udang galah

Kredit resipi dan gambar: Ben Ariel

Baca juga: Cara Buat Udang Galah Masak Cili Yang Padu, Resipi Daripada Tukang Masak Restoran

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN