Categories: Resipi

Resepi Tteokbokki Simple, Tak Perlu Beli Rice Cake Siap, Buat Sendiri Lagi Puas Makan

Kalau teringin nak makan makanan Korea di rumah, resepi tteokbokki simple ini memang wajib cuba. Menariknya, rice cake boleh dibuat sendiri menggunakan bahan yang mudah ada di dapur.

Rice cake homemade ini dimasak bersama kuah pedas manis yang cukup berperisa. Tambah pula sosej, cheese tofu atau mozzarella cheese, memang lagi sedap makan panas-panas.

Baca juga: Resipi Sundubu Jjigae Homemade, Sup Tofu Pedas Ala Restoran Korea Buat Ramai Jatuh Cinta!

RESEPI TTEOKBOKKI SIMPLE

Bahan-bahan Rice Cake:

  • ¾ cawan tepung pulut
  • ½ cawan tepung gandum
  • Secubit garam
  • Air suam secukupnya

Bahan Pes Tteokbokki:

  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar sos Korea atau sos gochujang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Secubit garam

Bahan Tambahan:

  • 300 ml air
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • Sosej atau cheese tofu secukupnya
  • Mozzarella cheese, jika suka

Cara-cara Penyediaan:

1. Buat rice cake

Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk.

2. Bentuk rice cake

Ambil doh dan golek memanjang. Potong kepada kepingan kecil mengikut saiz yang diingini.

3. Rebus rice cake

Didihkan air dalam periuk. Masukkan rice cake dan rebus sehingga ia terapung. Angkat dan terus masukkan ke dalam air sejuk. Kemudian, toskan.

4. Sediakan pes

Campurkan serbuk cili, sos Korea atau gochujang, sos tiram, kicap manis, gula, minyak masak dan garam. Gaul sehingga sebati.

5. Masak tteokbokki

Masukkan 300 ml air ke dalam kuali bersama bawang putih cincang. Masukkan pes tteokbokki dan biarkan sehingga mendidih.

6. Masukkan rice cake

Masukkan rice cake yang telah ditoskan tadi. Tambahkan sosej atau cheese tofu mengikut citarasa.

7. Tambah mozzarella

Masak sehingga kuah sebati dan rice cake bersalut dengan sos. Jika suka, masukkan mozzarella cheese di atasnya. Tutup api apabila cheese mula cair.

Tips Buat Tteokbokki Homemade

  • Masukkan air suam sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu lembik.
  • Rebus rice cake sehingga terapung sebelum diangkat.
  • Masukkan rice cake ke dalam air sejuk selepas direbus untuk mendapatkan tekstur yang lebih elok.
  • Laraskan serbuk cili dan gula mengikut tahap pedas dan manis yang disukai.
  • Gochujang boleh digunakan untuk mendapatkan rasa Korea yang lebih kuat.
  • Sosej, cheese tofu dan mozzarella cheese boleh ditambah mengikut selera.

Kalau tengah mengidam tteokbokki tetapi tak ada rice cake segera di rumah, boleh cuba cara ini. Dengan bahan yang mudah dan langkah yang ringkas, rice cake homemade pun boleh dibuat sendiri dan dinikmati bersama kuah pedas manis yang menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Syamimi Zulkifli

Baca juga: Resepi Ayam Goreng Korea Hanis Zalikha Pernah Viral, Ramai Siap Buat Jual Masa Tahun 2017

Aimi

Recent Posts

Ramai Suka Makan Ketam, Tapi Tahukah Anda Ada Jenis Ketam Haram Dimakan Menurut Islam?

Ketam memang menjadi makanan laut kegemaran rakyat Malaysia, sama ada dimasak sambal, masak lemak cili…

6 hours ago

Cara Pilih Saiz Loyang Kek Yang Sesuai Mengikut Jumlah Hidangan, ‘Beginner’ Wajib Tahu!

Baru belajar membuat kek dan masih keliru nak pilih saiz loyang yang sesuai? Ada loyang…

7 hours ago

8 Tips Popia Goreng Kekal Rangup & Tak Berminyak Walaupun Dah Sejuk, Ini Rahsianya!

Popia goreng memang paling sedap apabila kulitnya garing dan rangup ketika digigit. Namun, masalah yang…

8 hours ago

Kek Pisang Coklat Moist Ini Memang Wajib Cuba! Hasilnya Lembut, Lembab & Kaya Rasa Coklat

Ada pisang berangan yang sudah masak di rumah? Apa kata cuba resipi kek pisang coklat…

8 hours ago

Paru Crispy Rangup & Tak Mudah Lemau, Ini 5 Langkah Mudah Wajib Ikut!

Paru crispy yang rangup dan berperisa memang sedap dimakan bersama nasi panas. Namun, ada beberapa…

9 hours ago

Tak Cukup Sebiji! Buat Roti Blueberry Ala Bakeri Ini… Inti Cream Cheese & Ada Crumble Rangup

Roti blueberry sesuai dijadikan pilihan untuk minum petang bersama keluarga. Dengan tekstur roti yang lembut…

9 hours ago