sundubu jjigae

Sesiapa yang pernah makan makanan Korea mesti kenal dengan sundubu jjigae, sup tofu pedas yang cukup popular di restoran Korea seperti Dubuyo. Kuahnya yang panas, pedas dan berlemak memang sedap dihirup panas-panas, lebih-lebih lagi ketika hujan.

Kini ramai mula cuba buat sendiri di rumah sebab rupanya resipi sundubu jjigae ini sangat mudah. Tak perlu bahan yang terlalu banyak pun, asalkan ada pes gochujang dan tofu lembut, dah boleh hasilkan rasa ala restoran Korea.

Perkongsian daripada Nur Fairuza di Facebook ini turut menarik perhatian ramai kerana hasilnya nampak menyelerakan dan cukup padu. Paling best, bila masak sendiri memang boleh letak lauk banyak-banyak ikut selera.

Baca juga: Resepi Tteokbokki Versi Malaysia, Rupanya Guna Tepung Biasa Pun Menjadi!

RESIPI SUNDUBU JJIGAE HOMEMADE SEDAP

sundubu jjigae

Bahan-bahan (untuk 2 orang makan):

  • 2 ulas bawang putih – ditumbuk halus
  • Sedikit halia – ditumbuk halus
  • ½ kiub pati ikan bilis
  • 1 sudu makan pes gochujang
  • Daging hiris nipis
  • Tofu Jepun lembut
  • Cendawan enoki
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Daun bawang – dihiris
  • Biji bijan untuk taburan

Cara-cara penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia yang telah ditumbuk halus.

2. Tumis seketika sahaja dan tidak perlu sampai garing.

3. Masukkan pes gochujang dan kacau perlahan sehingga sebati.

4. Tuangkan secawan air atau ikut tahap kepekatan kuah yang diinginkan.

5. Kacau sehingga pes gochujang larut sepenuhnya.

6. Masukkan kiub pati ikan bilis.

7. Kemudian masukkan cendawan enoki, daging hiris nipis dan tofu Jepun lembut.

8. Besarkan api sehingga kuah menggelegak.

9. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa.

10. Bila daging sudah masak dan kuah mendidih cantik, tutup api.

11. Akhir sekali taburkan daun bawang dan biji bijan sebelum dihidangkan.

Petua Bagi Sundubu Jjigae Lagi Sedap

  • Gunakan tofu Jepun jenis lembut supaya teksturnya lebih creamy dan asli seperti di
  • restoran Korea.
  • Jika suka lebih pedas, boleh tambah lagi pes gochujang mengikut citarasa.
  • Boleh juga pecahkan telur ketika kuah sedang menggelegak untuk rasa lebih lemak.
  • Hidangkan bersama nasi panas memang lagi puas makan.

Kalau anda peminat makanan Korea, memang wajib cuba resipi sundubu jjigae homemade ini. Mudah, cepat dan rasa pun memang macam makan di restoran Korea.

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Fairuza

Baca juga: Bingsu Cheesecake Candy Laici Meleleh Ini Buat Ramai Ketagih, Sekali Cuba Pasti ‘Repeat’!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN