
Kalau teringin nak makan makanan Korea di rumah, resepi tteokbokki simple ini memang wajib cuba. Menariknya, rice cake boleh dibuat sendiri menggunakan bahan yang mudah ada di dapur.
Rice cake homemade ini dimasak bersama kuah pedas manis yang cukup berperisa. Tambah pula sosej, cheese tofu atau mozzarella cheese, memang lagi sedap makan panas-panas.
Baca juga: Resipi Sundubu Jjigae Homemade, Sup Tofu Pedas Ala Restoran Korea Buat Ramai Jatuh Cinta!
RESEPI TTEOKBOKKI SIMPLE

Bahan-bahan Rice Cake:
- ¾ cawan tepung pulut
- ½ cawan tepung gandum
- Secubit garam
- Air suam secukupnya
Bahan Pes Tteokbokki:
- 2 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar sos Korea atau sos gochujang
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar gula
- 1 sudu besar minyak masak
- Secubit garam
Bahan Tambahan:
- 300 ml air
- 3 ulas bawang putih, dicincang
- Sosej atau cheese tofu secukupnya
- Mozzarella cheese, jika suka
Cara-cara Penyediaan:
1. Buat rice cake
Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk.
2. Bentuk rice cake
Ambil doh dan golek memanjang. Potong kepada kepingan kecil mengikut saiz yang diingini.
3. Rebus rice cake
Didihkan air dalam periuk. Masukkan rice cake dan rebus sehingga ia terapung. Angkat dan terus masukkan ke dalam air sejuk. Kemudian, toskan.
4. Sediakan pes
Campurkan serbuk cili, sos Korea atau gochujang, sos tiram, kicap manis, gula, minyak masak dan garam. Gaul sehingga sebati.
5. Masak tteokbokki
Masukkan 300 ml air ke dalam kuali bersama bawang putih cincang. Masukkan pes tteokbokki dan biarkan sehingga mendidih.
6. Masukkan rice cake
Masukkan rice cake yang telah ditoskan tadi. Tambahkan sosej atau cheese tofu mengikut citarasa.
7. Tambah mozzarella
Masak sehingga kuah sebati dan rice cake bersalut dengan sos. Jika suka, masukkan mozzarella cheese di atasnya. Tutup api apabila cheese mula cair.
Tips Buat Tteokbokki Homemade
- Masukkan air suam sedikit demi sedikit supaya doh tidak terlalu lembik.
- Rebus rice cake sehingga terapung sebelum diangkat.
- Masukkan rice cake ke dalam air sejuk selepas direbus untuk mendapatkan tekstur yang lebih elok.
- Laraskan serbuk cili dan gula mengikut tahap pedas dan manis yang disukai.
- Gochujang boleh digunakan untuk mendapatkan rasa Korea yang lebih kuat.
- Sosej, cheese tofu dan mozzarella cheese boleh ditambah mengikut selera.
Kalau tengah mengidam tteokbokki tetapi tak ada rice cake segera di rumah, boleh cuba cara ini. Dengan bahan yang mudah dan langkah yang ringkas, rice cake homemade pun boleh dibuat sendiri dan dinikmati bersama kuah pedas manis yang menyelerakan.
Selamat mencuba!
Sumber: Nurul Syamimi Zulkifli
Baca juga: Resepi Ayam Goreng Korea Hanis Zalikha Pernah Viral, Ramai Siap Buat Jual Masa Tahun 2017
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














