resepi ayam goreng korea

Resepi ayam goreng korea ini pasti mengimbau memori ramai yang aktif mengikuti trend masakan sekitar tahun 2017. Ketika itu, resipi yang dikongsikan oleh Hanis Zalikha menjadi bualan hangat kerana ayam goreng rangup yang disalut sos Korea manis pedas, malah ramai turut menjadikannya sebagai menu untuk dijual.

Terbaharu, menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai Izzatimi berkongsi semula resipi viral tersebut selepas suaminya mengidam hidangan berkenaan. Menariknya, kali ini beliau menyediakan versi yang lebih lengkap dan terperinci supaya lebih mudah diikuti oleh sesiapa yang ingin mencubanya di rumah.

Baca juga: Sambal Belacan Paling Sedap, Resipi Hadi Salleh Ini Ramai Cuba Sebab Mudah Tapi Padu

RESEPI AYAM GORENG KOREA HANIS ZALIKHA

resepi ayam goreng korea

Bahan Perapan Ayam:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1 sudu teh garam
  • 1 inci halia (ditumbuk atau diparut)

Bahan Salut:

  • 1 biji telur (dipukul sedikit)
  • Tepung jagung atau tepung goreng serbaguna secukupnya

Bahan Sos Korea:

  • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar pes cili Korea (gochujang)
  • Sedikit bijan untuk hiasan

Cara-Cara Penyediaan:

1. Gaulkan ayam bersama halia, garam dan serbuk lada hitam. Perapkan selama 5 minit.

2. Celupkan ayam ke dalam telur yang telah dipukul.

3. Salutkan ayam menggunakan tepung jagung atau tepung goreng serbaguna sehingga rata.

4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak, garing serta berwarna keemasan. Angkat dan toskan.

5. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.

6. Masukkan pes gochujang, sos cili, madu dan kicap cair. Kacau menggunakan api perlahan sehingga sos menjadi sedikit pekat.

7. Masukkan ayam goreng ke dalam kuali dan gaul sehingga semua ketulan ayam bersalut sempurna dengan sos.

8. Taburkan bijan sebelum dihidangkan.

Tips:

  • Gunakan tepung jagung jika mahukan salutan ayam yang lebih rangup.
  • Pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng supaya ayam tidak menyerap terlalu banyak minyak.
  • Gunakan api sederhana ketika menyediakan sos supaya ia tidak cepat hangus.
  • Gaulkan ayam bersama sos sejurus sebelum dihidangkan bagi mengekalkan kerangupan ayam.
  • Jika suka rasa lebih pedas, tambah sedikit lagi pes gochujang mengikut cita rasa.

Gabungan ayam goreng yang rangup bersama sos Korea yang manis, pedas dan sedikit berempah menjadikan resepi ayam goreng korea ini masih kekal menjadi kegemaran ramai walaupun sudah hampir sedekad berlalu. Tidak hairanlah perkongsian semula resipi ini mengundang nostalgia dan membuatkan ramai teringin untuk menikmatinya sekali lagi.

Selamat mencuba!

Sumber: izzatimi

Baca juga: Cara Buat Soto Pekat & Kaw Ala Soto Madura, Resipi Lama Chef Wan Yang Tak Ramai Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN