Categories: Resipi

Resipi Tomyam Cara Original Orang Thai, Bila Hirup Terus Rasa Macam Di Bangkok!

Siapa sangka, rahsia masak Tomyam Thai yang padu macam di kedai makan sebenarnya sangat mudah untuk disediakan di rumah.

Bukan sekadar campur pes segera, tetapi ada beberapa bahan penting sebagai ‘kunci utama’ dalam membuat tomyam yang sedap.

Dalam perkongsian kali ini, kami bawakan resipi tomyam thai original yang cukup lengkap dengan rasa masam, pedas dan lemak berkrim. Sekali hirup, terus rasa macam makan di Bangkok!

Baca juga: Resipi Telur Dadar Rangup, Kembung & Tak Serap Minyak, Baru Sedap Makan!

RESEPI TOMYAM THAI YANG DIJAMIN SEDAP & PADU

Bahan-bahan:

  • 8 biji cili padi merah (kisar dengan air)
  • Lengkuas (dihiris & diketuk)
  • Akar daun ketumbar
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 6 helai daun limau purut (buang batang urat di tengah)
  • Ayam bahagian dada (potong kecil)
  • Lobak merah
  • Jagung muda
  • Kubis bunga
  • 3 sudu makan sos ikan
  • 4 sudu jus limau nipis
  • Garam secukupnya
  • Serbuk perasa secukupnya
  • 1 senduk besar pes cili Thai (pilih botol yang mempunyai label wajah wanita Thailand)
  • 4 sudu susu pekat
  • 2 sudu makan perencah tomyam Thai
  • Bawang holland
  • Tomato
  • Cili padi merah + hijau (ketuk atau gunting)
  • Udang
  • Daun ketumbar
  • Daun ketumbar jawa

Cara-cara penyediaan:

  1. Kisar 8 biji cili padi merah bersama sedikit air sehingga lumat. Tuangkan bahan kisar ini ke dalam periuk berisi air yang telah dididihkan.
  2. Masukkan lengkuas, akar daun ketumbar, serai dan daun limau purut. Biarkan seketika sehingga bau harum bahan aromatik ini keluar dan air mendidih.
  3. Masukkan isi ayam, lobak merah, jagung muda dan kubis bunga. Masak sehingga sayuran sedikit empuk.
  4. Masukkan sos ikan, jus limau nipis, garam dan serbuk perasa mengikut selera anda.
  5. Seterusnya, masukkan pes cili Thai, perencah tomyam dan susu pekat manis. Kacau rata sehingga kuah bertukar warna menjadi kemerahan dan berkrim. Masukkan juga bawang Holland, tomato, serta cili padi tambahan (merah dan hijau).
  6. Akhir sekali, masukkan udang, daun ketumbar dan daun ketumbar jawa. Jangan masak udang terlalu lama agar teksturnya kekal pejal dan manis.
  7. Kacau sehingga semuanya sebati dan biarkan menggelegak seketika.
  8. Biarkan kuah menggelegak seketika, tutup api dan tomyam sedia untuk dinikmati bersama nasi putih panas!

Sumber: TikTok @akmarsalim

Baca juga: Resipi Ayam Masak Paprik Versi Campak-Campak, Tapi Rasa Padu Macam Kedai Thai

Wan N

Recent Posts

Peria Tumis Telur Rendah Kalori, Ikut Petua Ini Supaya Hilang Pahit & Lebih Menyelerakan!

Resipi peria tumis telur ini sesuai dijadikan pilihan lauk untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan.…

2 hours ago

Cara Pilih Kelapa Muda Yang Ada Isi Tebal, Tengok Bahagian Tangkai Pun Boleh Tahu!

Pernah tak beli kelapa muda dengan harapan isinya tebal, tetapi apabila dibelah, rupa-rupanya isi masih…

3 hours ago

Siput Sedut Masak Lemak Pucuk Paku, Kuah Santan Pedas Berlemak Memang Padu!

Kalau sebut sahaja masak lemak, pasti ramai yang terbayangkan kuah santan pekat dengan rasa pedas…

3 hours ago

Tak Perlu Telur, Ini Resipi Cekodok Kosong Yang Rangup Dan Lembut Sampai Habis Dimakan!

Cekodok kosong rangup antara hidangan ringkas yang sesuai dijadikan sarapan pagi atau minum petang. Walaupun…

3 hours ago

Cara Buat Cek Mek Molek Kuih Tradisional Pantai Timur, Lembut Di Dalam Dengan Inti Gula Cair!

Cek mek molek kuih tradisional yang cukup dikenali di Pantai Timur, khususnya Kelantan dan Terengganu.…

4 hours ago

Lebihan Nasi Lemak Jangan Dibuang, Wanita Ini Kongsi Idea Buat Nasi Lemak Goreng!

Ada lebihan nasi lemak selepas bersarapan tetapi tidak tahu hendak buat apa? Daripada membiarkannya begitu…

6 hours ago