resepi telur dadar rangup

Nak tahu resepi telur dadar rangup yang sedap dan mudah? Resipi ini memang sesuai untuk kalian yang suka makan telur dadar yang kembung, rangup dan tak serap minyak.

Hanya guna bahan-bahan yang ringkas, tapi hasilnya pasti puas hati. Sesuai sangat untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Jom tengok cara-cara membuatnya di bawah!

Baca juga: Resipi Sambal Telur Hancur, Menu Terlajak Jimat Tapi Bukan Main Sedap!

RESEPI TELUR DADAR RANGUP, KEMBUNG DAN TAK SERAP MINYAK

resepi telur dadar rangup

Bahan-bahan:

Cara penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan tepung jagung, air, garam dan serbuk perasa. Kacau semua bahan hingga sebati. Tak perlu pukul lama pun, kacau rata pun dah cukup.
  3. Panaskan minyak dalam kuali. Gunakan minyak yang agak banyak, cukup untuk buat telur “naik” dan kembang elok. Sukatan minyak bergantung pada saiz telur dan saiz kuali.
  4. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum tuang telur. Kalau minyak tak cukup panas, telur takkan jadi kembung dan rangup.
  5. Tuang adunan telur dan biarkan ia mengembang. Bila bahagian bawah dah garing, balikkan dan goreng sekejap lagi sampai masak sempurna.
  6. Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dihidang!

Sumber: Ummu Salamah

Baca juga: Telur Air Asam Terlajak Mudah Dan Sedap, Lauk Viral Ini Bikin Kecur Air Liur!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN