resepi tomyam

Resepi tomyam adalah hidangan yang tidak asing lagi bagi pencinta makanan Thai. Dengan rasa masam, pedas, dan sedikit manis ini memang menjadi kegemaran ramai.

Tapi, pernah tak terfikir nak buat sendiri tomyam sedap macam dekat kedai Thai di rumah? Jangan risau, dalam artikel ini kami akan kongsi resipi tomyam padu yang senang untuk diikuti.

Selain itu, kami juga ingin bongkarkan rahsia-rahsia yang buat tomyam ini jadi super sedap. Jom lihat resipi lengkap seperti di bawah!

Baca juga: Resipi Kerabu Suhun Ala Thai, Rasa Masam Manis Kecur Air Liur Dibuatnya!

RESEPI TOMYAM SEDAP SAMA SEPERTI DI KEDAI THAI

Bahan A:

  • Ayam (potong kecil-kecil supaya lebih sedap)
  • Seafood seperti udang dan sotong
  • Sebiji bawang besar (hiris) – nak lagi sedap guna bawang holland
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 2 batang serai (ketuk dan hiris menyerong)
  • 6 helai daun limau purut (buang urat tengah untuk elakkan pahit)
  • Lengkuas (hiris)
  • Cili padi (ketuk)
  • Akar ketumbar
  • Sayur (bunga kobis, putik jagung, carrot, tomato, cendawan)

Nota: Rahsia kesedapan tomyam terletak pada akar ketumbar dan lengkuas. Ini salah satu petua untuk menyedapkan tomyam.

Bahan B:

  • Pes tomyam jenama Kung (gambar udang di depan) Guna dalam 6-7 sudu besar. Pes ini serius sedap, warna pun cantik.
  • Pes cili Thai (pilihan, tak guna pun tak apa)
  • Susu cair sejat (pilihan, nak guna pun ok, tak guna pun ok)
  • Daun ketumbar (hiris)

Nota: Dan akhir sekali, semua di atas adalah bahan rahsia untuk menyedapkan tomyam. Jangan tertukar daun ketumbar dengan daun sup ya.

Cara memasak:

  1. Masukkan 2 liter air atau lebih, bergantung kepada anda.
  2. Masukkan akar ketumbar yang telah dicuci bersih. Ini adalah kunci utama kepada kesedapan tomyam.
  3. Bila air mendidih, masukkan ayam terlebih dahulu sehingga ayam bertukar warna putih. Ini cara saya, cuba ya.
  4. Masukkan semua bahan hiris dan bahan ketuk tadi.
  5. Kacau sebati.
  6. Masukkan satu botol kecil pes tomyam tadi. Jika guna botol besar, anggarkan dalam 6-7 sudu besar.
  7. Masukkan 4 sudu kecil pes cili Thai.
  8. Kacau sebati. Pes ini tidak perlu ditambah garam kerana rasanya sudah lengkap.
  9. Masukkan sayur.
  10. Masak sehingga sayur empuk.
  11. Bila sudah mendidih, masukkan sedikit susu cair sejat, dalam 3 sudu besar. Kacau sebati, kemudian tutup api.
  12. Akhir sekali, tabur daun ketumbar. Tak perlu perah asam limau kerana pes ini sudah cukup rasa masamnya.

Kredit resipi dan gambar: Miya Aira

Baca juga: Rahsia Telur Dadar Rangup Macam Dekat Kedai Thai, Guna 3 Bahan Je!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN