mcdonalds

Bayangkan kau bawa bungkus Mcdonalds sebab mungkin nanti nak alas perut tapi tak pasal-pasal kena denda atas alasan tak declare? Seram gais.

Selalunya kalau kita nak melancong ke sesebuah negara, sudah pasti akan ada banyak barangan larangan yang tidak boleh dibawa masuk macam makanan, barangan berunsurkan cecair dan sebagainya.

Sekiranya gagal mengikut peraturan yang ditetapkan, kita pasti dikenakan tindakan yang serius seperti dilarang masuk ke dalam negara atau mungkin akan dipenjara!

Situasi ini boleh dikatakan sama oleh seorang pelancong yang cuba membawa masuk ‘sesuatu’ semasa penerbangannya ke Australia.

Baca juga: Dilarang Jual Air Zamzam, Penjara Kurang 2 Tahun Atau Denda RM10,000

Kena Denda RM8,000 Sebab Bawa McDonalds!

Pada akhir julai yang lalu menurut Mashable, seorang pelancong yang berasal dari Indonesia telah didenda sebanyak AU$2,664 (RM8,000) hanya kerana membawa masuk hidangan McDonald’s yang telah dibawanya dari Bali tanpa membuat declaration barang.

Pihak imigresen menemui beberapa hidangan McDonald’s yang antaranya adalah McMuffins dan Ham Croissant di dalam bagasi pelancong tersebut.

Australia Nak Cegah Wabak Penyakit, Tak Ada Budi Bicara

Denda yang boleh dikatakan sangat tinggi itu memang sewajarnya dikenakan tanpa rayuan dan budi bicara kerana Australia mengamalkan ‘sifar toleransi’ kepada mana-mana pelancong yang melanggar peraturan keperluan penerbangan.

Hal ini kerana Australia mengambil serius terhadap usaha mereka untuk mencegah penularan wabak penyakit seperti food-and-mouth-disease daripada menular ke wilayah kanggaru tersebut.

Tambahan pula pelancong tersebut baru pulang dari Bali yang dimana baru-baru ini penyakit tersebut sedang rancak menular di kepulauan itu.

Antara inisiatif yang dilakukan oleh Australia untuk mencegah penyakit tersebut adalah seperti menyediakan stesen sanitasi di kawasan awam, anjing pengesan di lapangan terbang dan mengemaskini sistem keselamatan bio di lapangan terbang.

Hidangan Mekdi Paling ‘Mahal’ Gais Setakat Ni

Menurut Murray Watt, Menteri Agrikultur Australia, perkara tersebut pada awalnya telah dikesan oleh anjing pengesan di pusat kawalan imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Darwin, Australia.

Beliau juga membuat kenyataan sinis bahawa hidangan McDonald’s itu adalah paling ‘mahal’ setakat ini yang pernah dibayar oleh pelancong.

“Jumlah denda itu boleh dikatakan dua kali ganda dari harga tiket penerbangan dari Bali, tetapi saya tidak bersimpati atas pelancong ataupun penduduk setempat yang melanggar undang-undang di Australia.”

Di akhir cerita, pelancong tersebut itu telah dikenakan denda atas kesalahan gagal membuat deklarasi terhadap barangan yang dibawa lebih-lebih lagi barangan tersebut adalah barangan risiko tinggi.


Kesian juga dengan pelancong tu, tak pasal-pasal kena bayar denda sebanyak itu. Korang kalau nak melancong ke mana-mana, pastikan korang fahami dulu peraturan-peraturan di sesebuah negara sebelum korang travel!


Sumber: Mashable

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN