resepi teh tarik

Jika anda sering minum teh tarik di kedai makan, pasti pernah tertanya-tanya apakah resepi teh tarik yang digunakan untuk membuat teh yang ‘kaw’.

Selalunya jika bancuh di rumah, hasilnya cair dan tidak ‘kaw’ seperti yang dihasilkan oleh peniaga di luar sana. Apa rahsianya?

Pada entri kali ini, jom MyResipi kongsikan tips untuk membancuh teh tarik yang padu menerusi perkongsian oleh Nur Ilani Wan Aizan di bawah. Semoga bermanfaat!

Baca juga: Rahsia Kopi Ais Yang Sedap Kaw Kaw, Memang Rasa Puas Bila Minum!

RESEPI TEH TARIK KAW

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 keping teh uncang teh kaw
  • 2 sudu besar teh wangi cap masjid
  • 1 1/2 sudu besar esen vanilla
  • 1 1/2 tin susu cair
  • Susu pekat manis
  • 1 sudu besar gula melaka (jika ada)
  • Garam
  • 6-8 biji bunga cengkih

Cara membuat:

1. Sediakan periuk saiz sederhana, panaskan air bersama esen vanilla.

2. Kemudian, masukkan uncang teh kaw dan teh wangi cap masjid.

3. Didihkan sehingga air bertukar warma dan betul-betul panas.

4. Kemudian, masukkan susu cair dan gula melaka. Masak dan kacau seketika.

5. Selepas itu, masukkan susu pekat mengikut tahap kemanisan yang disukai. Kacau lagi untuk sebatikan susu pekat.

6. Masak sehingga menggelegak. Kacau sekali sekala supaya teh tak melimpah.

7. Masukkan garam dan bunga cengkih. Garam berfungsi untuk bagi rasa lemak pada teh.

8. Masak sehingga menggelegak dan kecilkan api supaya teh masak dengan perlahan.

9. Kalau rasa cengkih kuat, buang keluar cengkih tersebut.

10. Tuang ke dalam jug dan tarik sehingga teh berbuih. 

11. Kalau sudah puas hati, boleh tuang dan dinikmati ketika masih panas. Selamat mencuba!

resepi teh tarik

Kredit resipi dan gambar: Nur Ilani Wan Aizan

Baca juga: Teknik Bancuh Air Neskopi Kaw Yang Sedap, Rasa Ala-Ala Mocha Tealive Gitu!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN