biskut arab suji

Kalau sebut sahaja biskut raya, mesti ramai yang teringat kuih klasik yang wajib ada setiap tahun. Biskut Arab Suji antara pilihan popular kerana teksturnya lembut, rapuh dan manis sederhana.

Resipi ini mudah sangat dan bahan pun senang didapati. Sesuai untuk pemula atau yang nak buat biskut cepat untuk anak-anak, anda hanya perlu gentel-gentel doh, bakar dan siap.

Berikut perkongsian resipi yang pasti menjadi kegemaran keluarga!

Baca juga: Biskut Cornflakes Madu Rangup & Manis, Kuih Raya Paling Senang Buat & Paling Cepat Habis!

RESIPI BISKUT ARAB SUJI

biskut arab suji

Bahan-bahan:

Cara-cara penyediaan:

1. Cairkan minyak sapi, biar sejuk seketika.

2. Campurkan minyak sapi dengan gula halus, gaul rata.

3. Masukkan tepung gandum, uli hingga menjadi doh lembut.

4. Ambil doh menggunakan sudu kecil, gentel menjadi bulat kecil.

5. Letakkan hirisan ceri di tengah sebagai hiasan.

6. Sapu marjerin pada loyang, susun biskut di atasnya.

7. Bakar pada suhu 150°C selama 15 minit atau hingga masak.

Tip Untuk Biskut Arab Suji Cantik Dan Sedap

  • Jangan gunakan minyak sapi terlalu panas untuk mengelakkan doh berminyak.
  • Ayak tepung supaya biskut lebih halus dan mudah dibentuk.
  • Bakar cukup masa sahaja, jangan terlalu lama supaya biskut kekal rapuh.

Biskut Arab Suji ini memang sesuai dijadikan kuih raya wajib. Senang dibuat, sedap dimakan, dan pasti jadi kegemaran tetamu. Cubalah buat sendiri di rumah, sekali makan confirm habis!

Selamat mencuba!

Sumber: Aradeela Nasa

Baca juga: Resepi Biskut Almond London Sukatan Mudah, Biskut Raya Paling Cepat Habis Dalam Balang!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN