
Bila tiba musim raya, antara kuih yang sering menjadi pilihan ramai ialah biskut cornflakes madu. Biskut ini terkenal dengan teksturnya yang rangup serta rasa manis madu yang sangat menyelerakan. Walaupun bahan yang digunakan sangat ringkas, hasilnya tetap sedap dan sesuai dijadikan hidangan untuk tetamu.
Biskut ini sangat sesuai untuk dibuat ketika musim raya kerana proses penyediaannya tidak mengambil masa yang lama. Malah jika buat dalam kuantiti banyak, boleh terus simpan dalam balang untuk hidangan tetamu.
Perkongsian oleh Hanna Yasmeen di Facebook ini menunjukkan cara membuat biskut cornflakes madu yang mudah dan cepat. Menariknya, ketika sedang membuat biskut ini pun anak-anak sudah mula mengambil dan makan kerana tidak sabar menunggu siap!
Baca juga: Resipi Biskut Ala Famous Amos Paling Mudah, Rangup Luar Gebu Dalam… Gigit Sekali Terus Ketagih!
RESIPI BISKUT CORNFLAKES MADU RANGUP

Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Cairkan butter, gula perang dan madu menggunakan api perlahan sehingga semua bahan larut dan sebati.
2. Tutup api dan biarkan seketika supaya campuran tidak terlalu panas.
3. Masukkan cornflakes ke dalam campuran madu tadi dan gaul sehingga semuanya bersalut rata.
4. Sudukan adunan cornflakes madu ke dalam paper cup kecil.
5. Hias mengikut citarasa seperti manik gula atau coklat rice.
6. Bakar pada suhu 170°C hingga 180°C selama kira-kira 10 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum simpan dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup.
Tip Supaya Biskut Cornflakes Madu Lebih Rangup
Untuk mendapatkan hasil cornflakes madu yang lebih sedap dan rangup, anda boleh ikut beberapa tip mudah ini:
- Gunakan butter sebenar supaya aroma biskut lebih wangi.
- Gaul cornflakes perlahan-lahan supaya tidak hancur.
- Jangan bakar terlalu lama supaya warna kekal cantik keemasan.
- Pastikan biskut benar-benar sejuk sebelum dimasukkan ke dalam balang.
Jika anda sedang mencari kuih raya yang mudah dibuat tetapi tetap sedap, resipi biskut cornflakes madu ini memang patut dicuba. Sekali buat, pasti cepat habis!
Selamat mencuba!
Sumber: Hanna Yasmeen
Baca juga: Resepi Semperit Viral Paling Mudah Guna 3 Bahan, Rangup Bila Gigit & Cair Di Dalam Mulut
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














