resepi sup cendawan sedap

Sup cendawan berkrim ini memang popular sebagai hidangan western, tapi kadang-kadang yang kita jumpa itu tak kena dengan selera. Ada yang cair, masin, dan pelbagai lagi. Untuk resepi sup cendawan sedap yang pasti memikat, mari kita cuba buat sendiri!

Kalau ikut cara yang dikongsi oleh Siti Hazneza Abdul Hamid, hasilnya dijamin pekat, berkrim, dan rasanya memang ngam dengan selera kita. Anda pasti akan menikmati setiap suapan!

Baca juga: Cara Buat Garlic Spread Homemade, Modal Tak Sampai RM10 Boleh Dapat Satu Botol

RESEPI SUP CENDAWAN SEDAP

Bahan-bahan:

  • ½ tin cendawan butang (450g)
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu makan marjerin/mentega
  • 2-3 sudu makan krim putar (atau susu segar/susu tepung/susu sejat)
  • Serbuk stok ayam (optional)
  • Serbuk lada hitam
  • Garam
  • 1 cawan air
  • Italian herbs atau oregano (secukup rasa)
  • 2 sudu teh tepung jagung (optional)
  • ¼ cawan air (untuk bancuhan tepung jagung)

Cara-cara:

  1. Panaskan marjerin dalam kuali.
  2. Tumis cendawan dan bawang putih pada api perlahan hingga cendawan ‘meletit’ kecil.
  3. Tumis hingga cendawan berwarna keemasan.
  4. Pindahkan campuran ke dalam pengisar.
  5. Tambah krim atau susu, serbuk stok ayam, lada hitam, dan garam.
  6. Masukkan air dan kisar hingga halus.
  7. Tuangkan kembali ke dalam kuali dan panaskan.
  8. Tambah Italian herbs atau oregano.
  9. Untuk kepekatan, bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan jika perlu.
  10. Apabila kepekatan mencukupi, matikan api.
  11. Nikmati sup bersama piza atau roti!

Sumber: Siti Nazneza Abdul Hamid

Baca juga: Cara Buat Korean Garlic Bread Versi CEPAT! Mudah Guna Roti Keping Je

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN