PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-27 05:51:33

Bagi ibu-ibu yang suka membuat kek, ‘Whipping Cream’ ini pastinya menjadi salah satu bahan utama untuk hiasan kek. Namun, untuk mendapatkan ‘Whipping Cream’ di kedai-kedai kek, ibu-ibu perlu berbelanja lebih kerana harganya yang agak mahal. Oleh itu, ini ada cara yang lebih jimat dan mudah untuk membuat whipping cream. Hanya gunakan 5 bahan sahaja! Jom ikuti perkongsian daripada Soleh Fattah menerusi laman Facebook.

Kredit: Soleh Fattah
 

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar ovalette
  • 5 sudu besar susu pekat
  • 4 sudu besar susu powder
  • 3 sudu besar gula (ikut tahap kemanisan yang diingini)
  • 1 bekas ais batu (ketulan-ketulan kecil)
  • Mesin pengadun


Kredit: Soleh Fattah
 

Cara-caranya:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas besar. Ini kerana whipping cream akan mengembang.


    Kredit: Soleh Fattah
     

  2. Gaul rata kesemua bahan sehingga sebati. Kemudian, adunkan bahan-bahan ini menggunakan mesin pengadun. Gunakan kelajuan yang paling rendah semasa minit pertama mengadun. Ini supaya dapat mengelak ais batu terkeluar dari bekas ketika mengadun.


    Kredit: Soleh Fattah
     

  3. Pada minit kedua, naikan kelajuan kepada sederhana dan adunkan selama 3 minit. Tunggu sehingga ais batu sudah larut. Pastikan adunan pun sudah menampakkan teksturnya yang kembang semangkuk.
     
  4. Apabila ais sudah betul-betul larut, naikkan lagi kelajuan pengadun ke tahap maksimum dan adunkan selama 2 minit sahaja.


    Kredit: Soleh Fattah
     

Dah siap! Sekarang ibu-ibu sudah tidak perlu bersusah payah ke kedai kek untuk membeli whipping cream. Selamat mencuba!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Trending