resepi spaghetti aglio olio

Bosan asyik makan nasi atau tak tahu nak masak lauk apa? Jangan risau, apa kata cuba masak resepi spaghetti aglio olio yang ringkas ini.

Walaupun tidak guna banyak bahan, hasil kejadiannya sangat memuaskan hati. Sekelip mata boleh habis makan satu pinggan!

Baca juga: Resepi Laksa Simple Dengan 5 Bahan, Tak Sampai 10 Minit Boleh Terus Makan!

RESEPI SPAGHETTI AGLIO OLIO

resepi spaghetti aglio olio

Bahan-bahan:

  • 1 genggam spageti (rebus & toskan)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • Ayam bahagian dada (potong dadu)
  • ½ sudu kecil cili flakes
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Ayam bahagian dada (potong dadu)
  • Serbuk perasa
  • Serbuk keju parmesan (hiasan)

Cara memasak:

  1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam bahagian dada yang telah dipotong dadu dan masak seketika hingga ayam masak sepenuhnya.
  3. Kemudian, masukkan spageti yang telah direbus dan ditoskan. Gaul rata supaya semua bahan bercampur dengan baik.
  4. Untuk memberi rasa umami, tambahkan serbuk perasa dan gaul hingga sebati.
  5. Tambahkan cili flakes untuk memberikan rasa pedas yang menyelerakan dan gaul sekali lagi sehingga rata.
  6. Hidangkan dengan taburan serbuk keju parmesan untuk hiasan (pilihan).
  7. Siap! Hidangan ini boleh disediakan dalam masa kurang dari 10 minit.

Sumber: MyResipi

Baca juga: Resipi Bihun Goreng Singapore Simple Dan Sedap, Campak-Campak Terus Siap!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN